Header Ads

Rita NV Dipuji Fasha Sandha

PERSAHABATAN antara pelakon cantik Fasha Sandha dan usahawan kosmetik Nouvelles Visages, Rita Dato’ Sosilawati memang diketahui peminat kedua-duanya.

Fasha begitu menghargai persahabatannya dengan Rita dan juga pengusaha D’Haja, Puan Ija.

Menurutnya, kedua-dua wanita terbabit walaupun hidup cukup mewah namun tidak pernah sesekali memandang rendah terhadap orang lain.

Sebaliknya, keperibadian kedua-dua wanita itu disifatkan Fasha seperti mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk lapor Mynewshub.

Rita NV Dipuji Fasha Sandha

Baguslah macam tu, walaupun datang dari keluarga berpengaruh sekali pun Rita sama sekali tidak meninggi diri, malah teringat penulis dengan kesederhanaan Rita ketika ditemubual Datuk Aznil Nawawi yang mengatakan dia hanya mendandan rambut di sebuah salun biasa di kawasan perumahannya di Gombak.

Kalau diikutkan dengan kemampuannya, pasti sahaja salun mewah yang sering dikunjungi selebriti boleh menjadi pilihannya kan.

Semoga keperibadian mulia yang ditunjukkan Rita dan Ija turut dicontohi semua masyarakat.

Fasha Sandha Puji Rita NV, Merendah Diri Walaupun Kaya Raya

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.