0
A+ A-
GARA-gara berang bayi perempuannya yang baharu sahaja berusia tujuh bulan menjadi mangsa rogol, seorang bapa dari India bertindak memotong kedua-dua tangan seorang remaja lelaki yang dipercayai suspek.

Parminder Singh, 25, dilaporkan bertindak sedemikian selepas mendekati remaja lelaki itu semasa perbicaraan kes itu ditangguh dan menawarkan untuk menyelesaikan masalah mereka di luar mahkamah, pada Selasa lalu lapor Mynewshub.

Rogol Bayi 7 Bulan, Bapa Potong Tangan Remaja Lelaki

Singh bagaimanapun, bertindak membawa remaja lelaki berusia 17 tahun itu berdekatan sebuah terusan kerana mahu membalas dendam.

Menurut sumber polis, Singh dikatakan telah mengikat remaja itu di sebatang pokok sebelum membelasahnya dan mengerat kedua-dua tangannya.

Difahamkan, semasa kejadian jeritan remaja itu turut didengari oleh orang kampung berdekatan yang kemudian membantu dan melepaskan ikatan pada badannya.

Bapa Potong Tangan Remaja Lelaki yang Merogol Bayinya

Pihak polis kini sedang memburu Singh kerana dia boleh didakwa atas tuduhan cubaan membunuh.

Di India, perbuatan balas dendam dikatakan sememangnya masih berterusan dan biasanya tidak dilaporkan media massa dan pihak polis.

Bapa Potong Tangan Remaja Lelaki yang Merogol Bayinya

Pada dua tahun lalu, isteri Singh mendakwa melihat remaja lelaki itu mencabul anaknya.

Berikutan itu, remaja lelaki tersebut yang ketika itu berusia 14 tahun ditahan dan kes tersebut dibicarakan di mahkamah Rama Mandi, Punjab.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top