0
A+ A-
Kemunculan isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menyampaikan hadiah kepada dua pemenang utama perseorangan lelaki kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam petang tadi disambut dengan sorakan "boo" oleh segelintir penonton.

Rosmah yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hadir menyaksikan perlawanan akhir melibatkan jaguh Malaysia Datuk Lee Chong Wei dan pemain nombor satu dunia, Cheng Long.

Aksi sorakan itu kedengaran sebaik pengacara mengumumkan nama Rosmah untuk menjemputnya tampil penyampaikan hadiah.

Rosmah Mansor Kena 'Boo' di Stadium Melawati

Sambil bertepuk tangan, beliau tampil ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada Chong Wei selaku juara dan Cheng Long dari China sebagai naib juara.

Bekas pemain nombor satu dunia, Chong Wei, mudah menjinakkan Cheng Long 21-13 dan 21-8 untuk muncul sebagai juara Terbuka Malaysia bagi kali yang ke-11.

Bagaimanapun, sorakan "boo" tersebut kemudian berbaur dan tenggelam bersama sorakan penonton lain yang turut bertepuk tangan ketika penyampaian hadiah berlangsung.

Kejadian itu juga turut menjadi viral di laman sosial yang menghebahkan situasi yang berlaku di stadium tersebut.

Salah seorang pengguna Facebook bernama Jay Jay Denis adalah antara orang yang memuat naik klip video didakwa sorakan mengejek Rosmah itu.

Rosmah adalah antara watak yang menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak senang dengan pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Tonton video Rosmah Mansor kena 'Boo' di bawah.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top