0
A+ A-
SATU Malaysia tahu pelakon Rozita Che Wan dan fesyen sememangnya berpisah tiada.

Di mana sahaja kelibatnya, isteri Zain Saidin ini pasti menjadi tumpuan dek kerana penampilannya yang mewah dan memukau.

Baru-baru ini, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta telah terbang sekali lagi ke bumi Eropah untuk bercuti bersama keluarga lapor Mynewshub.

"Rozita Che Wan Bawa 20 Bagasi Pergi Melancong" - Jurugambar

Pelakon jelita ini memang tak sah kalau tidak mengabadikan gambar cantik di tempat-tempat menarik dengan bantuan jurugambar profesional setiap kali pergi melancong.

Boleh dikatakan, semua gambar yang dikongsi Instagram Che Ta persis cover majalah gara-gara pakaiannya yang ‘meletop’ dan sarat dengan aksesori seperti bulu, dan beg tangan berwarna sedondon.

Pendedahan Jurugambar, Che Ta Bawa 20 Bagasi Pergi Melancong

Tidak hairanlah, ada pemandu yang terpana melihatnya beraksi di hadapan kamera sehingga berlakunya kemalangan di London, pada tahun lalu.

Gaya ‘meletop’ Che Ta ketika pergi bercuti ini juga membuatkan ramai tertanya-tanya berapa banyak beg bagasi yang dibawa oleh selebriti ini.

Che Ta Bawa 20 Bagasi Pergi Melancong

Menurut jurugambar dan kawan baiknya, Annas Easkey, Che Ta membawa sekurang-kurangnya 20 beg bagasi ketika jelajah mereka ke Eropah.

“Tak sia-sia Che Ta bawak 20 luggage, beg tangan je dah 4 beg. Hehe,” tulis Annas yang turut memuat naik gambar pelakon itu di laman Instagramnya.

Che Ta Bawa 20 Bagasi Pergi Melancong

Bagaimanapun, kami percaya beg bagasi itu akan bertambah setelah dia pulang ke Malaysia. Hihi..

Difahamkan, selain bercuti sekeluarga, Che Ta turut menyelesaikan urusannya di sana. 

Catat Ulasan Blogger

 
Top