0
A+ A-
SUSULAN kritikan netizen yang dilemparkan terhadap aktres Rozita Che Wan kerana memakaikan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan baju tertera gambar anjing, Rozita atau Che Ta menyifatkan isu itu sebagai satu perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan.

Menurutnya, dia langsung tidak perasan baju yang dipakaikan kepada anak bongsunya itu mempunyai gambar anjing kerana sering membeli belah dalam jumlah banyak sehingga tidak perasan perincian setiap baju lapor Mynewshub.

Rozita Che Wan Jawab Isu Pakaikan Anak Baju Gambar Anjing

“Saya tak perasan gambar itu berupa anjing. Ini kerana setiap kali beli belah saya akan beli pakaian dalam jumlah banyak. Jadi, tak sempat hendak membelek setiap satu.

“Budak kecil pakai kemeja-T seperti itu tidak bermaksud apa-apa pun. Saya hanya menganggap gambar anjing itu seperti kartun pada baju berkenaan.

“Come on get a life, take it easy! Ia hanya sehelai kemeja-T,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Che Ta dan keluarga ketika ini masih lagi dalam mood percutian di Eropah.

Percutian Che Ta kali ini turut disertai suami, Zain Saidin dan dua anaknya, Ammar Effendy dan Aaisyah tanpa kehadiran cahaya mata kedua, Aniq Ezra.

Sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel yang memaparkan Che Ta memakaikan baju bergambar anjing kepada Aaisyah sehingga menerima kritikan negatif daripada kalangan pengikut di laman Instagram miliknya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top