0
A+ A-
Pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha sekali lagi menerima nasib malang apabila kediaman mereka yang terletak di Pasir Gudang, dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu. Perkara itu turut didedahkan menerusi akaun Instagram Mohd Zaquan sendiri.

“Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami”

Rumah Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Dirompak Kali Ketiga

“Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri,” katanya melalui laporan Harian Metro.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kediaman pasangan ini telah dipecah masuk oleh tiga lelaki menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak RM200,000. Menurutnya lagi, kejadian ini merupakan kali ketiga telah menimpa keluarga mereka dan merupakan kejadian paling buruk yang pernah dialami mereka.

Rumah Ayu Raudhah dan Suami Dirompak Kali Ketiga, Alami Kerugian RM200,000

Catat Ulasan Blogger

 
Top