0
A+ A-
Tidak kira berapa umur anda, tidal( kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada di dalam anda akaun KWSP, dan kira berapa lama anda telah mencarum dengan KWSP.

Mengikut undang-undang, KWSP perlu membayar bantuan sebanyak RM2,500.00 kepada waris atau keluarga pemegang akaun KWSP dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian pemegang akaun KWSP.

Tiada sebarang pemberitahuan yang dibuat oleh pihak KWSP kepada kesemua pemegang akaun dan ini menyebabkan ramai di kalangan kita yang tidak menyedari bantuan seperti ini wujud sejak dahulu lagi.

Cara Menuntut Bantuan Kewangan RM2500 KWSP

Setakat ini, tuntutan yang dibuat oleh waris atau keluarga kepada pemegang akaun KWSP terlalu sedikit dan ini telah menyebabkan timbulnya suatu persoalan iaitu ke manakah bantuan kewangan/khairat kematian ini disalurkan sekiranya ianya tidak dituntut oleh mana-mana waris pemegang akaun KWSP selepas tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian yang diberikan itu telah tamat.

Rupanya Wujud Bantuan Kewangan RM2500 KWSP Kepada Semua Pencarum

Mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui jenis pengeluaran kematian yang disediakan oleh pihak KWSP selama ini kepada kesemua pemegang akaun.

Sepatutnya, manfaat sebegini haruslah sentiasa dimaklumkan kepada kesemua pemegang akaun KWSP yang masih hidup supaya bantuan yang layak diterima oleh mereka sekiranya berlaku kematian dapat disalurkan kepada waris atau keluarga terdekat bagi mengurus perkebumian mereka.

Rujuk dan isi borang permohonan di bawah atau klik pautan terus untuk memuat turun borang permohonan ini dari laman rasmi KWSP.

Bantuan Kewangan RM2500 KWSP Kepada Semua Pencarum yang Ramai Tidak Tahu

Bantuan Kewangan RM2500 KWSP Kepada Semua Pencarum yang Ramai Tidak Tahu

Cara Menuntut Bantuan Kewangan RM2500 KWSP

Cara Menuntut Bantuan Kewangan RM2500 KWSP

Cara Menuntut Bantuan Kewangan RM2500 KWSP

Cara Menuntut Bantuan Kewangan RM2500 KWSP

Kami paparkan perkongsian yang diberikan oleh saudara Shaari Anuar di laman Facebook mengenai isu yang dibincangkan di atas:

Saya baru selesai berusan di KWSP…
Membantu pewaris mendapatkan bantuan kematian sebanyak RM2500.
Kesnya pelabur amanah saham saya ni meninggal, dan pewaris tak tahu mereka boleh dapatkan bantuan sebanyak RM2500 daripada pihak KWSP.
Sebenarnya, dulu saya dah inform kepada pewaris, tapi mereka tidak yakin samada mereka layak atau tidak untuk mendapat bantuan ini…
Alasan, aruah dah lama tak mencarum duit dalam EPF…
Kerana dah lebih 10 tahun, aruah bekerja sendiri…
Bila saya berjumpa dengan pegawai, mereka kata…

Pencarum tetap layak, selagi masih ada lagi baki lagi dalam account….
Lagipun, aruah meninggal sebelum berumur 55 tahun,,,
Dan memang tertulis rezeki, ketika saya bawa pewaris untuk buat tuntutan, masuk bulan ke 5 dari tarikh kematian.
Jika dah lebih 6 bulan, pihak pewaris tidak lagi boleh membuat tuntutan lagi dah….
 Jika kita ada account dengan KWSP, tak kisah berapa pun amount yang kita ada…
Dan meninggal dunia sebelum 55 tahun, pewaris akan dapat bantuan sebanyak RM2500..
Dan pastikan tuntutan dibuat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian.
Bawa sijil kematian, dan boleh dapatkan borang 9KM di website atau dicawangan berdekatan.

Cerita pegawai yang kami berurusan tadi,
Kes yang tak dituntut banyak sangat, pasal ramai ahli keluarga yang tak tahu,,,,
Dan lagi satu, yang layak untuk dapatkan bantuan ini, tapi tuntutan dibuat selepas 6 bulan, pun ramai..,,
 Tapi memang dah tak boleh lagi dah, ingat kena buat sebelum 6 bulan dari tarikh kematian…
Sambung beliau sambil meminta saya hebahkan kepada orang ramai…
Sila share ye, sekurang kurangnya dapat meringankan beban pewaris yang layak disaat saat mereka kehilangan tempat mereka bergantung.

Catat Ulasan Blogger

 
Top