0
A+ A-
SEORANG penyanyi rock terkenal dilaporkan ditahan polis seketika selepas bertindak memukul teman wanitanya, pada bulan lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh wanita berkenaan, Shazia Mohd. Rozaini, 23, yang juga merupakan ahli kumpulan ZiaBella.

Menurut Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia, tindakan lelaki itu memukulnya memaksa dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Siapa Penyanyi Rock Terkenal yang Ditahan Akibat Pukul Teman Wanita
SHAZIA Mohd Rozaini ketika menjalin hubungan dengan kekasih yang juga seorang penyanyi rock terkenal.

“Benar, dia memukul saya dengan teruk. Saya sudah tidak boleh menerima keadaan ini, menyebabkan saya membuat laporan polis.

“Dia juga ditahan seketika. Bagaimanapun, dia dilepaskan dengan syarat dirinya tidak boleh lagi dekat dengan saya ataupun keluarga.

“Dia juga takkan ada sebarang kaitan lagi dengan saya. Jika tidak, kes ini akan di bawa ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.

Identiti Penyanyi Rock Terkenal Pukul Teman Wanita Didedahkan

Tambah Zia lagi, kejadian dipukul ini bukanlah kali pertama yang berlaku terhadap dirinya namun dia enggan bercerita lanjut kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

Pada yang sama, Zia yang popular menerusi lagu Unfollow Hatiku bersama kumpulan Ziabella, mengakui tidak menyangka hubungan cinta yang terjalin lebih sembilan tahun itu musnah tetapi dia percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sementara itu, penyanyi rock berkenaan dikatakan enggan memberi sebarang komen berhubung kes tersebut. 

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top