0
A+ A-
Siti Nurhaliza Jual Baju ‘Preloved‘ Miliknya | BAGI yang ingin bergaya persis penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, barangkali ini adalah peluang yang terbaik. 

Ini kerana penyanyi kelahiran Pahang itu mengambil keputusan menjual lebih 50 helai pakaian miliknya yang pernah digayakan pada majlis-majlis hiburan. 

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 37, dia menjual pakaian tersebut secara berperingkat sejak dua minggu lalu menerusi akaun Instagram khas iaitu @prelovedctdk11. 

Siti Nurhaliza Jual Baju Kesayangan Miliknya

Jelasnya, penjualan pakaian ‘preloved‘ miliknya itu dibuat kerana mahu menyusun semula bilik persalinannya dengan koleksi pakaian terbaharu. 

Siti Nurhaliza Jual Baju ‘Preloved‘ Miliknya
Antara pakaian yang dijual Siti Nurhaliza menerusi laman Instagram khas.

“Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. 

“Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya. 

“Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” ujarnya kepada mStar Online. 

Siti Nurhaliza Jual Baju ‘Preloved‘ Miliknya

Selain itu, Siti memberitahu, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu. 

Pakaian tersebut dijual dengan harga paling berpatutan serendah RM100. 

Antara jenama pakaian yang dijual ialah daripada pereka fesyen Ezuwan Ismail, Michael Ong, Rizman Ruzaini dan Bernard Chandran. 

Catat Ulasan Blogger

 
Top