0
A+ A-
ISTANBUL – Akhirnya terbukti inilah berita besar yang cukup ditakuti oleh pembangkang di Malaysia malah cuba disorokkan mereka sejak sekian lama demi menyemai perasaan benci rakyat kepada kepimpinan negara sendiri.

Malangnya, laporan bukan eksklusif ini turut disiarkan semua media ternama seluruh dunia sejak Khamis kecuali akhbar-akhbar berpengaruh pro-Zionis yang menjadi rujukan bahan fitnah pembangkang sepanjang tahun lalu.

Hakikatnya, pihak berkuasa Arab Saudi mengesahkan bahawa sumbangan negara itu yang menjadi kontroversi kepada Perdana Menteri Malaysia merupakan sumbangan ikhlas tanpa mengharapkan pun apa-apa balasan.

Sumbangan Untuk Najib Razak Sah ‘Derma Ikhlas’

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengakui bahawa sumbangan derma mewah itu terus kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memang bersumberkan daripada negara tersebut sendiri.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu.

“Dan akhirnya Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) mendapati memang tiada salah laku. Justeru, setahu kami, isu itu sebenarnya sudah pun ditutup,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Khamis.

Arab Saudi Sahkan Dana Untuk PM ‘Derma Ikhlas’

Sebelum itu, Adel dilaporkan gembira apabila berpeluang mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Malaysia di luar daripada Persidangan Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Turki.

Pada 26 Januari lalu, Mohamed Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan kes terhadap SRC International Sdn. Bhd. dan dana misteri RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Peguam Negara malah berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah sebenar yang dimasukkan ke dalam akaun itu ialah RM2.08 bilion, dan ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga kerabat diraja Saudi pada 2013.

Bagaimanapun RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan semula kepada penderma pada tahun yang sama dan pendedahan Mohamed Apandi itu langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada kerajaan Arab Saudi.

Malangnya pembangkang tidak berpuas hati dengan pencerahan itu namun ‘senyap seribu bahasa’ apabila Najib melakukan lawatan rasmi selama empat hari ke Arab Saudi awal Mac lalu sambil melakukan ibadah umrah lagi.

Secara logik jika benar penjelasan Mohamed Apandi tidak benar, mana mungkin beliau sanggup ‘cakap’ perkara itu kepada seluruh dunia bahkan Najib berani menjejakkan kaki ke bumi Arab Saudi menghadap Raja Salman.

Pada waktu sama, pembangkang cuba menyembunyikan rahsia bagaimana jentera kempen politik mereka selama ini menerima dana mewah daripada pelbagai pihak tertentu dalam usaha ‘menggulingkan’ kerajaan Malaysia.

Catat Ulasan Blogger

 
Top