0
A+ A-
Kami pasti majoriti rakyat Malaysia tak kira bangsa atau agama tahu mengenai kontroversi penceramah dari India, Dr Zakir Naik. Setelah desas-desus mengatakan bahawa forum yang akan diadakan hujung minggu dibatalkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa forum itu akan diteruskan tetapi dengan syarat mengubah tajuk.

Surat Rakyat Malaysia Buat Dr Zakir Naik

Sehubungan dengan isu itu, individu ni buat surat terbuka dengan mewakili rakyat Malaysia untuk memohon maaf kepada Dr Zakir Naik.

Menerusi Malaysian Digest, kami kongsikan kepada anda surat lelaki mewakili rakyat Malaysia yang meruntun jiwa ini.

Surat Terbuka Mewakili Rakyat Malaysia Untuk Dr Zakir Naik

1. Pertama sekali, saya berharap masih tidak terlambat untuk saya mengalukan kedatangan anda (Dr Zakir Naik) ke Malaysia. Saya sedia maklum bahawa ini bukan pertama kali anda di sini, jadi saya mengandaikan bahawa anda sudah mengetahui mengenai tarikan yang terdapat di Malaysia yang boleh dinikmati.

2. Nama saya Faridzul Nasaruddin. Saya berbangsa Melayu (Salah satu etnik yang terdapat di Malaysia). Dan pastinya saya adalah rakyat Malaysia. Saya adalah seorang pengikut fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaad dan mengikut Mazhab Syafie.

3. Secara jujurnya, saya tertanya-tanya bagaimana perasaan anda selepas beberapa hari berada di Malaysia. Anda pastinya sudah membaca dan mendengar tentang reaksi rakyat Malaysia mengenai kedatangan anda kali ini.

Surat Terbuka Mewakili Rakyat Malaysia Untuk Dr Zakir Naik

4. Ikhlas dari hati saya, saya ingin memohon maaf. Saya tidak pasti samada saya boleh memohon maaf bagi pihak rakyat Malaysia (atau sebaliknya) kerana saya tidak diberi hak yang jelas untuk mewakili mereka, tetapi saya yakin, kebanyakan daripada kami benar-benar ingin menyatakan kepada anda: “Kami Mohon Maaf”.

5. Kami hanya mahu anda tahu bahawa apa yang dikatakan dan dilakukan oleh sebahagian daripada kami tidak sepenuhnya mewaili majoriti rakyat Malaysia.

6. Apabila Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) sebelum ini memaklumkan bahawa salah satu daripada program anda dihalang (tetapi larangan tersebut telah ditarik balik, Alhamdulillah), ia sama sekali tidak bermakna kebanyakan daripada kami tidak suka atau tidak menghormati anda dan ilmu anda.

Surat Terbuka Mewakili Rakyat Malaysia Untuk Dr Zakir Naik

7. Apabila sebahagian daripada kami mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan bagi mengambarkan diri anda, ia sama sekali tidak bermaksud bahawa kenyataan itu mewakili persepsi kami terhadap anda dan juga ilmu anda.

8. Ketahuilah bahawa kami mengalu-alukan kedatangan anda di Malaysia dan berkongsi ilmu anda bersama kami.

9. Malaysia dan rakyat Malaysia kini sedang melalui satu proses peralihan. Tiada siapa diantara kami dapat memastikan bahawa proses peralihan ini adalah ke arah kebaikan atau sebaliknya. Kami harapkan Dr Zakir doakan untuk kebaikan kami.

Surat Terbuka Mewakili Rakyat Malaysia Untuk Dr Zakir Naik

10. Akhir sekali, nikmatilah masa anda di sini Dr Zakir. Saya percaya setiap ujian dan cabaran yang dihadapi bukan suatu yang luar biasa untuk anda.

Saya berharap agar anda tida merumuskan tindakan sebilangan rakyat Malaysia sebagai menggambarkan keseluruhan kami dan saya benar-benar percaya anda tidak akan berbuat demikian.

11. Sekali lagi, saya mohon maaf, Dr Zakir Naik. Kami mohon maaf.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top