0
A+ A-
GONG BADAK - Seorang hadirin mendakwa, Kerajaan Malaysia tidak menghargai pelajar perubatan sepertinya dalam sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak, cetus pelbagai reaksi netizen di media sosial, semalam lapor Pixelperfext.

"Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti saya yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

"Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi sehingga memaksa pelajar seperti saya berhutang dan menanggung riba," soal pelajar berkenaan yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh dari hadiran yang lain.

(Baca: Dr Zakir keluar kos sendiri, hanya penginapan dan makan ditanggung)

Tanya Soalan Provokasi, Dr Zakir Naik ‘Sekolahkan’ Pelajar Perubatan

"Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?" tanya Dr Zakir padanya. 

"RM3,600 setahun!" jawabnya. 

Terkejut dengan kos yang dinyatakan, berikut penjelasan beliau:

"Kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah US$100,000. Kira baik kerajaan memberi subsidi yang banyak untuk belajar perubatan. Lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah, kenapa pergi buat pinjaman yang mengamalkan riba? 

"Itu adalah salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tidak mampu, boleh mohon bantuan dari dua pusat berkenaan," jelas beliau.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau sanggup membiayai pengajian pelajar terbabit dengan rakan-rakannya, namun jangan salahkan kerajaan Malaysia. 

Tonton video jawapan Dr Zakir Naik mengenai soalan provokasi pelajar perubatan terbabit.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top