0
A+ A-
Takdir Allah Pancitkan Tayar Kereta Lelaki Ini, Hikmahnya Selepas Itu Sungguh Tidak Dijangka

Sungguh Allah kasihkan hamba-Nya dan mahu kita lebih dekat dengan-Nya. Siapa sangka, bermula dengan insiden tayar pancit, lelaki ini berkesempatan mendapat nasihat berguna daripada Ustaz Ebit Lew.

Baru ini saya drive balik jauh dari satu tempat. Dalam perjalanan saya rasa nak ke tandas. Berhenti singgah RNR. Takdir Allah ada sepasang anak muda, tayar keretanya pancit. Saya tengok dia macam cari sesuatu.

Dia tiada pembuka tayar. Saya beri pinjam saya punya padanya. Dia tak reti nak tukar tayar. Saya tolong tukarkan tayar keretanya. Sambil tu saya tanya dengan isteri nak ke mana ni? Dia jawab ish bukan isteri. Kawan jer.

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Ebit Lew.

Tayar Pancit, Pasangan Kekasih Temui Sesuatu yang Sangat Menakjubkan

Saya kata padanya, takdir Allah pancitkan tayar ni supaya kita boleh berjumpa. Kerana dia sayang adik. Allah sayang kita lebih dari sesiapapun. Tak pernah ada sesiapa sayang kita seperti Allah sayang kita. Dia beri kita rezeki. Dia beri kita nikmat. Allah hadiahkan kita solat. Dengan solat, hidup kita dijaga oleh Allah. Orang jaga solat. Dia orang Allah. Maksudnya dia dijaga dan dipelihara oleh Allah..dia jaga kita, kitalah orang paling beruntung.

Dia kata saya dah lama tak solat ustaz. Kenapa tak solat? Jawabnya mak ayah saya tak ajar. Diaorang bila dah berumur baru-baru ni solat. Jawab saya, saya mula belajar solat umur 12 tahun. Semenjak itu saya yakin hidup saya menjadi tenang bila solat. Saya tahu bagaimana hidup seseorang tanpa berterima kaseh pada tuhan.

Dia kata insyaAllah saya solat...

Saya kata padanya selalulah baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Ulang banyak kali. Allah akan keluarkan kita dari segala musibah dan kesempitan..

Pernah sekali seorang alim Imam Ahmad ibnu Hanbal,ratus ribu hadis dalam hafalannya. Anak murid Imam Syafie rah. Di antara mazhab yang 4.

Takdir Allah Pancitkan Tayar Kereta, Hikmahnya Selepas Itu Sungguh Tidak Disangka

Di hujung usianya dia ingin pergi ke iraq. Sampai di sana di iktikaf di masjid. Datang orang masjid halaunya. Katanya ini undang-undang di sini. Dia tidur di beranda masjid pun kena halau. Sampai tangga masjid.

Orang tak kenal muka alim besar ini. Ada seorang pembuat roti kedainya dekat dengan masjid. Dia pelawa imam ahmad tidur di kedainya. Sedang berbual dan hendak berehat imam ahmad dengar dan kagum dengan pembuat roti itu asyik beristiqfar. Astaghfirullah wa atubu ilaik. Tanpa henti.

Imam ahmad terus tanya bagus kamu istiqfar. Apa yang kamu rasai dengan amalan ini. Katanya segala puji bagi Allah, semua doa saya dikabulkan. Cuma satu jer doa saya yang belum di kabulkan. Saya ingin berjumpa imam ahmad ibnu hanbal. Kata Imam Ahmad, saya dihantar Allah sejauh ini, kemudian dihalau dari masjid kerana Allah ingin makbulkan doa kamu. Kerana kamu rajin minta ampun pada Allah.

Allah kerana doa seorang pembuat roti, orang alim yang menjadi ikutan puluh juta orang yang datang mencari dan belajar darinya ditakdirkan Allah berada dalam rumahnya..mahalkan minta ampun pada Allah. Dia suka hambanya yang suka istighfar dan bertaubat.

Adik tadi kata betullah. InsyaAllah saya aka jaga solat dan minta ampun pada Allah.

Catat Ulasan Blogger

 
Top