0
A+ A-
BUKAN fenomena biasa di sini jika lihat orang sedang melepak dan meluangkan masa bersama-sama di restoran tapi mata masing-masing sibuk tertancap pada telefon pintar masing-masing.

Namun, situasi sebegini jarang sekali berlaku di Iceland sehingga aktres comel Nora Danish berkongsikan pengalamannya ditegur seorang penduduk di sana.

Mereka menegurnya agar segera meletakkan telefon bimbit sekali gus berbual dengan ahli keluarganya yang turut berada di situ lapor Mynewshub.

Teguran Sentap Orang Iceland Buat Nora Danish


“Masyarakat di sana memang ramah dan juga mengambil berat terhadap orang sekeliling. Pernah ketika kami singgah di sebuah restoran untuk makan, kami masing-masing asyik dengan telefon.

“Melihat keadaan itu mereka menegur kami agar menyimpan telefon dan berbual di antara satu sama lain.

“Apabila melihat sekeliling masyarakat tempatan yang berada di dalam restoran tersebut memang tiada seorang pun memegang telefon dan membuatkan kami malu dan menyimpan telefon,” katanya dipetik mStar.

Nora ke Iceland baru-baru ini bagi menjalani penggambaran foto dan video untuk mempromosikan koleksi tudung Owl By ND untuk keluaran Aidilfitri nanti.

Leka Main Hanphone, Orang Iceland Tegur Nora Danish
Antara koleksi tudung OWL by ND untuk keluaran Aidilfitri tahun ini.

Nora memilih Iceland kerana terpaut dengan kecantikan dan keindahan negara tersebut yang dipaparkan menerusi filem Dilwale lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.

Catat Ulasan Blogger

 
Top