0
A+ A-
JOHOR BAHRU - Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau lebih berminat membeli Perdana Menteri dan menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan wang yang dimiliknya.

"Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.

TMJ Perjelas Kenapa Lebih Minat Beli dan Jadi Perdana Menteri

"Tetapi apa boleh buat? Saya selalu berfikiran luas, manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers. 

Menjawab dakwaan orang ramai bahawa dirinya suka menunjuk harta, TMJ berkata, golongan sedemikian terlalu menumpukan perhatian terhadapnya berbanding isu-isu nasional yang lain lapor Pixelperfext.

"Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tetapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan seluruh dunia paling suka kerana anda buta," katanya. 

Selain itu, TMJ juga menafikan dakwaan kononnya pasukan bola sepak JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. 

"Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya," katanya. 

Catat Ulasan Blogger

 
Top