0
A+ A-
SENJATA MAKAN TUAN… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya kini terjerat dalam perangkap diri sendiri apabila diasak penyokong pembangkang supaya menyatakan sokongan terbuka terhadap pembebasan Anwar Ibrahim.

Ia selepas cubaan beliau untuk memperalatkan pembangkang bagi menghalalkan matlamatnya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berubah ‘memakan dirinya’ pula dalam satu acara malam Khamis lapor Mynewshub.

Tun M Takkan Maafkan Dosa Liwat Anwar

Hakikat itu jelas apabila hadirin program “PAC 1MDB, Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah” mendesaknya menjelaskan pendirian bahawa Deklarasi Rakyat yang digerakkan turut memperjuangkan pembebasan Anwar.
“Kalau betullah kita nak selamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat bersama PKR, DAP dan PAN, Tun kena keluarkan satu kenyataan, pertama, keluarkan terlebih dahulu Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara.

“Dan kedua, Tun kena buat satu deklarasi bahawasanya perbuatan Tun pada tempoh hari ke atas Anwar Ibrahim adalah jelas salah. Itu yang kita mahu,” tegas salah seorang hadirin dalam forum itu pada lewat Khamis.

Tun M Takkan Maafkan Dosa Liwat Anwar

Mahathir yang juga peneraju kempen Gerakan Selamatkan Malaysia bagaimanapun berkeras tetap enggan memberi persetujuan menyokong pembebasan Anwar seperti yang dituntut oleh pemimpin Pakatan Harapan.

Malah bekas Perdana Menteri itu berkata, permuafakatan dan persekongkolan beliau dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat tidak harus dibelenggui dengan isu tuntutan balas “hendak itu dan hendak ini”.

Nyatanya, Mahathir tetap memilih untuk berkecuali sekalipun didesak menyatakan pendiriannya mengenai pembebasan Anwar daripada dosa liwat melalui forum anjuran Gerakan Anti-Najib yang diterajuinya itu.

Mahathir berdalih: “Kita kena ada pemikiran yang waras, yang berasaskan kepada perhitungan yang bijak supaya kita menang dalam perjuangan kita. Kalau kita ikut selera, nafsu, percayalah kita tidak akan berjaya.

“Untuk mendapat sokongan ramai, kita perkecilkan matlamat atau perjuangan kita kepada yang boleh diterima semua. Dengan itu kita akan berjaya. Kalau bangkitkan soal hendak itu dan ini, maaf… kita akan gagal.”

Beliau juga sebelum ini pernah diasak oleh penyokong tegar Pakatan Harapan dengan beberapa soalan serupa ketika pertama kali muncul dengan tokoh pembangkang untuk melancarkan Deklarasi Rakyat akhir Mac lalu.

Tun Mahathir Enggan Maafkan ‘Dosa Besar’ Liwat Anwar

Mahathir bagaimanapun menegaskan bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah konon demi menjatuhkan Najib seorang sahaja dan sebarang pembaharuan lain, kata beliau hanya perlu menyusul kemudian.

Awal minggu ini, beliau dilaporkan memberitahu media Australia bahawa Anwar langsung tidak sesuai menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia bekas timbalannya itu yang sudah lanjut berbanding umur Najib sendiri.

Sehinga kini, hubungan Mahathir dan keluarga Anwar dilihat masih rapuh dengan isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah masih tetap enggan berkongsi pentas sama dengan beliau.

Ini termasuk ketika demonstrasi haram Bantah GST di Dataran Merdeka, ibu negara pada 2 April dan Muafakat Selamatkan Malaysia anjuran Pakatan Harapan di Padang MPAJ, Pandan dekat Kuala Lumpur sebelumnya.

Dua perhimpunan itu menampilkan Mahathir sebagai penceramah utama cuma dihadiri 1,000 orang serta diboikot secara senyap Wan Azizah dan Nurul Izzah yang enggan bersama-sama ‘diktator zalim mahafiraun’ itu.

Anwar juga sebelum ini dilaporkan turut membidas keras Deklarasi Rakyat yang dakwanya konon sebagai gagal mempamerkan pembaharuan-pembaharuan yang diinginkan oleh rakyat jelata.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top