0
A+ A-
ROtiKaya Disaman RM1 Juta Fitnah Wan Shades | KUALA LUMPUR - Mohamad Faizal Mohd Ali, atau Wan Shades memfailkan saman tuntutan ganti rugi RM1 juta di Mahkamah Tinggi hari ini terhadap pengendali laman hiburan ROtiKaya kerana mengeluarkan artikel yang memfitnahnya berhubung dakwaan rogol. 

Wan Shades sebagai plaintif memfailkan saman itu terhadap Hamzie Md Hambali, 30, melalui Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro. 

Wan Shades Saman Rotikaya

Menurut penyataan tuntutan itu, defendan didakwa mempunyai niat jahat dengan menerbit artikel memfitnah dirinya pada 20 Februari 2012 dengan tajuk artikel "Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama 7 Tahun" disiarkan di laman rotikaya.com. 

Akibat dari penyiaran fitnah itu, Wan mendakwa dia mengalami kerugian teruk dari segi reputasi, kerjaya dan kewangan menyebabkan dia menuntut ganti rugi RM1 juta atas ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top