0
A+ A-
Seorang gadis dihukum mati kerana membunuh kekasihnya dengan membelah dada lelaki itu selepas mengetahui lelaki tersebut telah merakamkan aksi seks mereka, dalam kes yang mengejutkan yang berlaku di Bangladesh, pada 2014.

Fatema Akhter Sonali, 21, berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Emdadul Haq Shipon enggan mengahwininya sebaliknya merakamkan aksi seks mereka.

Dia mengetahui mengenai rakaman berkenaan selepas melihat komputer riba Emdadul. Selain Fatema, terdapat juga aksi seks antara kekasihnya itu dengan wanita lain lapor Mynewshub.

Wanita Belah Dada Kekasih Selepas Aksi Seks Dirakam

Pada hari kejadian, Fatema telah memasukkan 20 pil tidur dalam minuman Emdadul sebelum mengikat lelaki berkenaan apabila dia sudah tidak sedarkan diri.

Fatema kemudiannya mengelar leher lelaki itu bagi membunuhnya dan selepas melakukan perbuatan berkenaan, dia telah membelah dada Emdadul bagi melihat hati lelaki terbabit.

“Saya ingin melihat sebesar mana hatinya kerana hanya lelaki yang mempunyai hati yang besar sahaja sanggup melakukannya,’’ kata Fatema.

Fatema bagaimanapun masih berpeluang membuat rayuan ke atas hukuman mati itu. Namun jika hukuman itu diteruskan, dia akan menjadi wanita pertama di Bangladesh yang dihukum mati.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top