0
A+ A-
KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki dipercayai warga asing meraba pinggul seorang wanita Melayu dalam sebuah tren terbongkar apabila aksi itu berjaya dirakam seorang penumpang, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Feera Rahman, dia mengatakan kejadian berlaku beberapa minggu lalu di tren LRT laluan Kelana Jaya.

Berdasarkan rakaman, lelaki berkenaan dilihat meraba punggung wanita yang sedang berdiri di hadapannya beberapa kali tanpa menyedari aksi lucahnya itu sedang dirakam lapor Mynewshub.

Warga Asing Kantoi Raba Wanita Melayu Dalam Tren

Suspek merupakan lelaki bangsa asing berusia 30-an.

Setelah menyedari perbuatannya itu ‘dihidu’ dia yang kelihatan resah terus cuba keluar dari koc tersebut namun ditahan oleh seorang lelaki yang telah merakam perlakuannya.

“You mana mau pergi? You mana mau pergi? You bikin apa sama dia haa? You ingat saya tara nampak?” ujar lelaki berkenaan yang terus merakam muka suspek.

Dia kemudian menggertak mahu melaporkan suspek kepada pihak berkuasa.

“You mau pergi balai polis ha? Saya rakam semua tadi, a sampai z, mau pergi balai?” sergahnya.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang terhadap perbuatan biadap lelaki warga asing itu.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan perakam yang dilihat tidak menghalang gerak geri suspek dari awal sehingga menyebabkan mangsa diraba.

Video tersebut ditonton hampir 200,000 pelayar dan dikongsikan lebih daripada 3,000 kali.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top