0
A+ A-
KEMAMAN – Detik 12.05 malam tadi menjadi sejarah bagi seorang remaja perempuan bukan Islam apabila mengucap kalimah syahadah semasa sesi ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr. Zakir Naik di sini.

Bersaksikan hampir 40,000 orang yang hadir pada majlis syarahan di Padang Astaka di sini, Woo Nina Grace, 19, mengucapkan kalimah syahadah dengan dibimbing Dr. Zakir selepas bersoal-jawab mengenai agama Islam lapor Bernama.

Woo Nina Grace, Remaja Diislamkan Dr Zakir Naik

Woo Nina Grace ketika cuba ditemubual media sebelum dihalang pihak urusetia dan kakitangan jabatan agama

Remaja perempuan itu yang menuntut di sebuah kolej swasta di sini, yang ibunya berasal dari Filipina dan bapanya dari Johor, mengakui telah mula mengkaji tentang Islam ketika berusia 13 tahun.

Beliau sebelum itu memberitahu bahawa telah menghafal surah Al Fatihah, ayat kursi dan tiga surah Qul sejak beberapa tahun lalu serta yakin akan Tuhan yang Esa dan kewujudan Nabi Muhammad.

Ucapan kalimah syahadah itu bukan sahaja membuatkan Nina mengalirkan air mata, malah juga hadirin yang hadir.

Selesai menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pilihan Orang Islam, Dakwah Atau Kemusnahan‘ dan sesi soal jawab pada kira-kira 12.45 malam, Dr Zakir dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berjumpa dengan Nina yang berehat di sebuah bilik di belakang pentas.

Usaha pemberita untuk menemu bual Nina tidak berjaya selepas dihalang oleh pihak urus setia program.

Beberapa hadirin yang ditemui Bernama menyatakan bahawa mereka terkejut dengan kesediaan Nina memeluk Islam dan bersyukur kerana dapat melihat usaha dakwah Dr. Zakir yang mampu menarik orang bukan Islam menjadi ‘saudara baharu’.

Catat Ulasan Blogger

 
Top