0
A+ A-
Bagi mereka yang single, mesti korang paling malas nak jawab soalan, “Kenapa kau single lagi?”

Lagi-lagi kalau jumpa saudara mara. Soalan pasal bila nak kahwin, selalu buatkan kita jadi menyampah.

Jadi, untuk mereka yang masih single lagi, anda boleh bagi 6 jawapan power ini kalau ada yang bertanyakan kenapa anda masih single!

6 Jawapan ‘Power’ Untuk Soalan “Kenapa Masih Single?”

1. Kenapa kau single lagi?

Jawab macam ni: “Ingat aku nak ke jadi single. Kalau boleh, aku nak je tanya lelaki atau wanita dekat tepi jalan, sudi tak jadi boyfriend/girlfiend aku.”

2. Pernah tak cuba online dating?

Jawab macam ni: “Online dating tu hanya untuk mereka yang desperate nak ada pasangan dan pilihan terakhir yang aku akan cuba. So, aku tak nak cuba!”

3. Kau ni cerewet kot?

Jawab macam ni: “Kalau ikutkan aku nak lelaki kaya, hensem, berjaya, baik, romantik dan tinggi. Tapi sekarang aku nak lelaki yang baik dan sopan santun. Takkan aku nak kahwin dengan lelaki yang tak baik, kaki pukul.”

4. Kau nak tak aku set blind date dengan kawan aku?

Jawab macam ni: “Aku kenal semua kawan-kawan kau dan tak ada satu pun yang aku suka.”

5. Banyak lelaki/perempuan baik dekat luar sana, takkan satu pun tak okay?

Jawab macam ni: “Terima kasih sebab ingatkan aku yang banyak lagi lelaki/perempuan baik dekat luar sana, cuma aku tak ada peluang untuk jumpa deorang. Kalau banyak lelak/perempuan dekat luar sana, kenapa kau pun single lagi?”

6. Jangan risau, nanti ada la jodoh kau nanti

Jawab macam ni: “Jangan ingat aku single bermakna aku tak happy. Cuma aku tak ready nak berpasangan je.”

Catat Ulasan Blogger

 
Top