0
A+ A-
Seorang pekerja buruh dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol anak perempuannya.

Bapa kepada lapan orang anak berusia 36 tahun itu mengaku bersalah pada Khamis terhadap tiga tuduhan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan di hadapan Hakim M. Vijayalakshmi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh merogol anak perempuannya berusia 14 tahun beberapa kali di sebuah rumah kampung tidak bernombor berhampiran Kuala Ketil pada Mei tahun lepas lapor Mstar.

Bapa Rogol Anak Dihukum Penjara 40 Tahun Dan 20 Sebatan

Bagi tuduhan ini, Vijayalakshmi dihukum penjara 20 tahun dan 10 sebatan.

Hakim mengarahkan hukuman penjara dan sebatan berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap pada 2 Mei tahun lepas.

Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu merogol gadis tersebut di sebuah ladang kelapa sawit di kampung yang sama kira-kira pukul 6 pagi pada 3 April tahun lepas.

Untuk itu, hakim menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan rotan.

Dalam penghakimannya, Vijayalakhsmi berkata hukuman tersebut adalah amaran keras kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa perbuatan tidak bermoral.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top