0
A+ A-
Bukan semuanya kisah percintaan akan berakhir ke jinjang pelamin. Ramai pasangan yang bercinta dan ada di antaranya telah bertunang terpaksa mengakhiri perhubungan mereka kerana sebab-sebab tertentu.

Sudah pastinya, apabila sudah berpisah dan membuat haluan masing-masing, hubungan yang erat seperti dahulu hanya tinggal sejarah semata-mata. Sekiranya perpisahan itu disebabkan oleh orang ketiga, pastinya pasangan yang pernah bercinta pada suatu masa dahulu akan menjadi benci di antara satu sama lain.

Bekas Kekasih Tiba-Tiba Datang Dan Peluk Pengantin Lelaki Di Majlis Persandingan

Berbeza dengan apa yang dialami oleh pasangan Rais dan Rasni yang berasal daripada Indonesia ini. Mereka yang pernah bercinta sejak 2005 terpaksa memutuskan hubungan mereka setelah 7 tahun bercinta.

Walaupun sudah berpisah, Raffi telah dikejutkan dengan kehadiran bekas teman wanitanya ke majlis perkahwinan beliau bersama pasangan barunya, Nagita Slavina.

Majlis perkahwinan yang berlangsung pada 17 Oktober 2014 di Kecamatan Kajang, Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan ini terus menjadi viral di media sosial buat seketika dan menjadi bualan netizen di serata dunia yang rata-ratanya terharu melihat peristiwa itu.

Di dalam rakaman video yang diambil pada majlis perkahwinan Rais dan pasangannya, Rasni dilihat memeluk erat Rais di atas pelamin tanpa menghiraukan isteri bekas teman lelakinya itu.. Suasana yang awalnya gembira, berubah menjadi haru.

Para tetamu dan keluarga Rais pun terkejut bahkan ada menangis melihat kejadian tersebut.

Keluarga Rais mengatakan, pihaknya pernah menghantar rombongan untuk melamar Risna suatu ketika dahulu. Namun, pinangan mereka telah ditolak oleh keluarga Risna dengan berbagai alasan.

Catat Ulasan Blogger

 
Top