0
A+ A-
SEORANG kanak-kanak, Summer Gidden, tidak bernasib baik apabila dia diserang oleh seekor angsa yang garang di kawasan rumahnya di Houston.

Lebih malang apabila gambarnya yang diserang oleh angsa tersebut telah dikongsikan oleh kakaknya, Stevie, 17, dalam Twitter hinggakan imej itu menjadi viral dengan cepat.

Budak Perempuan Popular Selepas Gambar Diserang Angsa Viral

“Summer telah diserang oleh angsa hari ini dan gambar yang dirakamkan oleh jiran kami telah membuatkan saya ketawa,” demikian tulis Stevie dalam Twitter tersebut.

Sudah tentulah apabila Stevie memuatnaik gambar, maka ramailah yang memberikan komen dengan menyifatkannya sebagai sesuatu yang melucukan.

Namun tidak kurang pula yang menyifatkan gambar Summer diserang angsa berkenaan sebagai kejam.

Gambar Budak Perempuan Diserang Angsa Jadi Viral

Disebabkan pelbagai reaksi diterima selepas gambar itu tersebar, Stevie terpaksa memberikan penjelasan.

Menurut Stevie ketika salah seorang daripada jiran mereka merakamkan gambar berkenaan, seorang lagi telah membantu menyelamatkan Summer dan menghalau angsa terbabit.

Summer juga tidak mengalami sebarang kecederaan
.
“Salah seorang (jiran) berdiri dan merakamkan gambar dan seorang lagi telah menyelamatkan Summer. Kami tidaklah kejam,” kata Stevie ketika memberikan penjelasan.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top