0
A+ A-
SEORANG lelaki cuba membunuh diri dengan terjun ke dalam kandang singa sambil berbogel, dalam kejadian yang mengejutkan di sebuah zoo di Chile.

Ketika kejadian, zoo berkenaan dipenuhi pengunjung. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Franco Luis Ferrada Roman kini melepasi tahap kritikal di hospital manakala dua ekor singa itu telah ditembak mati oleh penjaga zoo.

Lelaki itu dikatakan telah masuk ke kawasan larangan, membuka pakaian dan terjun ke dalam kandang terbabit lapor Mynewshub.

Cubaan Bunuh Diri Lelaki, Terjun Dalam Kandang Singa

Sebaik sahaja dia terjun ke dalam kandang itu, singa terbabit mula `bermain-main’ dengannya. Penjaga zoo kemudiannya terpaksa melaksanakan protokol yang ditetapkan dengan menembak singa terbabit bagi menyelamatkannya.

Salah seorang saksi memberitahu radio Bio Bio bahawa pengawal keselamatan di zoo itu lambat bertindak sedangkan singa terbabit tidak terus menerkam lelaki itu ketika dia terjun di dalam kandang binatang terbabit.

Lelaki Mahu Bunuh Diri Dengan Terjun Dalam Kandang Singa

“Dia masuk dari atas dan singa itu mula bermain dengannya sebelum menyerangnya,” katanya.

Jelasnya, sebaik sahaja lelaki itu terjun ke dalam kandang, semua orang menjerit manakala ibu bapa pula terpaksa menutup mata anak masing-masing bagi mengelakkan mereka melihat kejadian yang mengerikan itu.

Dalam pada itu, pengarah zoo terbabit mengesahkan menerima nota yang berupa nota bunuh diri pada baju lelaki terbabit.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top