0
A+ A-
Mempersiapkan diri untuk perjalanan cuti panjang adalah dengan berkemas dengan pintar. Anda mungkin rasa perlu untuk membawa sesuatu barang, namun apabila tiba di destinasi, barangan tersebut tidaklah dipakai.

Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, di bawah ini terdapat 11 barangan yang tidak perlu anda masukkan dalam beg pakaian atau beg perjalanan yang kami kongsikan menerusi Yahoo! Travel.

Elakkan Membawa 11 Benda Ini Ketika Bercuti Panjang

1. Produk-produk penjagaan rambut

Bagi wanita, rambut memang mahkota, tetapi anda tidak perlu membawa syampu, perapi, sikat, pomade, sehingga hairspray. Jika anda menginap di hotel, umumnya mereka akan menyediakan syampu dan perapi. Memang tidak akan membuat rambut licin biasanya, namun yang penting anda masih kemas.

2. Pengering rambut

Walaupun anda mempunyai hair dryer sekalipun, tetap akan memakan tempat dalam beg pakaian. Pada masa kini ramai hotel yang sudah menyediakan hair dryer. Jika tidak, anda masih boleh mengeringkannya dengan tuala atau diangin-anginkan saja.

3. Beberapa pasang kasut

Maksimum, anda hanya memerlukan dua pasang kasut. Harus boleh digunakan di segala suasana, mudah disimpan, dan kuat.

4. Peralatan kamera

Pada masa bercuti, anda tidak perlu membawa tripod, flash, atau tiga jenis lensa. Kecuali anda seorang jurugambar profesional atau memang ingin memburu foto, kamera digital saku atau telefon bimbit sahaja sudah cukup untuk mengabadikan detik-detik percutian anda.

5. Peralatan sukan

Mungkin ada beberapa orang dari anda yang akan tetap bersenam semasa bercuti. Namun dengan membawa kasut sukan, itu akan menghabiskan banyak ruang dalam beg. Anda boleh bersukan ketika sudah pulang dari bercuti.

6. Tuala

Semua hotel di dunia ini pasti menyediakan tuala. Jika tiada tuala, anda harus berfikir semula untuk tinggal di sana.

7. Buku

Buku memang jendela dunia, namun jika anda membawa lebih dari satu buku, bawaan anda pasti sangat berat. Anda boleh membawa satu buku sahaja atau Kindle yang boleh memuatkan banyak buku, namun tetap ringan.

8. Beberapa pilihan pakaian

Cuti panjang ini mungkin anda akan menghadiri majlis perkahwinan rakan di luar bandar. Mungkin anda berfikir untuk santai, namun ingin juga formal untuk menghadiri acaranya. Jangan membawa beberapa pilihan pakaian untuk itu. Tentukan pilihan. Jika anda wanita, anda boleh mengenakan satu pakaian. Jika anda lelaki, seluar dan kemeja sudah cukup.

9. Gajet

Anda akan bercuti, tidak perlulah membawa banyak alat elektronik. Fikir dua kali jika anda mahu membawa komputer riba, iPad, atau pemain DVD mudah alih. Bawa yang anda perlu sahaja. Selain mengurangkan beban bawaan, anda juga boleh lebih menikmati percutian tanpa gangguan dari peralatan.

10. Terlalu banyak membawa seluar jeans

Jeans boleh dipakai berhari-hari tanpa dicuci, jadi hanya bawa satu, dan anda boleh menggunakannya berkali-kali.

11. Perhiasan

Penampilan anda memang akan makin menarik dengan perhiasan, tetapi juga boleh memancing tindakan jahat seseorang ketika bercuti. Sebaiknya, simpan semua perhiasan di rumah.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top