0
A+ A-
Seorang warden sebuah kolej vokasional di Sungai Buloh didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana memukul dua pelajar kolej berkenaan pada 3 Mei lepas.

Raja Mahyaldin mengenakan denda itu selepas tertuduh, Mahbut Yaacob, 53, mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Beliau kemudian membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mahbut didakwa sengaja mengakibatkan kecederaan dengan menampar dan memukul badan seorang pelajar kolej berkenaan lapor Mstar.

Gara-Gara Pukul Pelajar Hisap Rokok Di Sekolah, Warden Didenda RM3,000
Gambar hiasan.

Beliau juga didakwa sengaja memijak dan memukul badan seorang lagi pelajar kolej itu.

Kedua-dua mangsa berumur 16 tahun.

Mahbut didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu pada pukul 5.30 petang di Aras 2, Asrama Blok Kasih, Kolej Vokasional Sungai Buloh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Rakaman video perbuatan warden itu memukul pelajar berkenaan tersebar di media sosial pada 8 Mei lepas.

Menerusi klip video berdurasi 1.21 minit itu, beberapa pelajar yang turut menyaksikan kejadian tersebut cuba membantu menenangkan warden itu daripada terus memukul mangsa yang ditangkap kerana cuba menghisap rokok di kawasan sekolah.

Insiden berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat khususnya pengguna media sosial yang menyifatkan pelajar tersebut perlu dikenakan tindakan tatatertib tetapi mempersoalkan tindakan warden tersebut yang dianggap keterlaluan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top