0
A+ A-
MENDIRIKAN rumah tangga pada usia muda dan semasa namanya sedang meningkat naik, berita perkahwinan pelakon Hafidz Roshdi, 22 pada tanggal 30 April lalu, ternyata mengejutkan industri hiburan tanah air.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri hero drama Tundukkan Playboy Itu menerusi laman Instagramnya yang memaklumkan dirinya kini sah bergelar suami Nurul Shuhada, 22.

Menurut Hafidz, dia memilih Nurul sebagai isterinya kerana wanita itu dirasakan sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.

Hafidz Roshdi Dedah Bagaimana Boleh Jatuh Cinta Dengan Teman Wanita yang Kini Isterinya

“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.

“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa yang sama, Hafidz mengakui berkahwin awal kerana nazar terhadap keluarga sekiranya berjaya dalam bidang lakonan.

Isteri Dihina Peminat, Ini Luahan Hafidz Roshdi

“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Dalam pada itu, Hafidz yang berkenalan dengan isterinya semasa sama-sama menuntut di Management and Science University di Shah Alam, Selangor mengakui dia adalah individu yang serius dalam bercinta.

Isteri Dihina Peminat, Ini Luahan Hafidz Roshdi

“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya.

Diharap kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafidz ini dapat menjawab persoalan peminat-peminat fanatik yang baru-baru ini bertindak biadap mencerca rupa paras isteri Hafidz di laman Instagram dengan membandingkan mereka sebagai pasangan yang jauh langit dan bumi.

Ini gara-gara ramai peminat tidak dapat menerima hakikat bahawa hero Malaya itu sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Insiden itu juga turut menarik perhatian beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong dan Kamal Adli yang bertindak mempertahankan isteri Hafidz.

(Baca: Rakan Artis 'Back Up' Isteri Hafidz Roshdi Yang Dihina Kerana Tak Cantik)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top