0
A+ A-
Setelah viral di sosial media semalam mengenai kelembapan kelajuan internet yang ditawarkan oleh pihak Celcom walaupun berada di dalam rangkaian 4G atau 4G+, ramai pengguna Celcom turut berkongsi pengalaman ngeri mereka mengenai servis internet daripada syarikat telekomunikasi tersebut.

Rata-ratanya tidak berpuas hati dan turut berasa tertipu oleh perang siber yang dilancarkan oleh pihak Celcom yang lantang mengumumkan bahawa plan internet 4G mereka yang terpantas di Malaysia.

Ini Yang Celcom Kena Lakukan Untuk Mengelakkan Kehilangan Jutaan Pelanggan Seperti Maxis

Hakikatnya, kelajuan sebenar yang dapat dikecapi oleh pengguna-pengguna Celcom di dalam rangkaian 4G ini adalah di sekitar 5mbps sahaja di mana kelajuan sebegini sudah wujud beberapa tahun yang lepas di dalam rangkaian H+.

Berdasar komen-komen pengguna di media sosial, kami senaraikan secara ringkas aduan yang dibuat oleh mangsa-mangsa :

Jika Tak Mahu Kehilangan Jutaan Pelanggan Seperti Maxis, Ini 5 Perkara Yang Celcom Perlu Lakukan

Jika Tak Mahu Kehilangan Jutaan Pelanggan Seperti Maxis, Ini 5 Perkara Yang Celcom Perlu Lakukan

Jika Tak Mahu Kehilangan Jutaan Pelanggan Seperti Maxis, Ini 5 Perkara Yang Celcom Perlu Lakukan

Jika Tak Mahu Kehilangan Jutaan Pelanggan Seperti Maxis, Ini 5 Perkara Yang Celcom Perlu Lakukan

1. Perbaiki kualiti internet anda

Adakalanya, di kawasan rangkaian 3G atau H+, pengguna tidak dapat menggunakan servis internet anda kerana terlampau perlahan seperti berada di dalam rangkaian EDGE.

Semasa kami berada di Kundasang, Sabah kami dapati rangkaian internet anda hanya terhad kepada 3G atau H+ sahaja, Namun, mengecewakan kerena terlalu perlahan hingga kami gagal untuk memuatnaik sebarang gambar ke laman Facebook kerana kelajuan internet ada berteknologi 10 tahun kebelakang.
2. Luaskan rangkaian internet berkelajuan tinggi anda

Bukan semua kawasan anda diliputi dengan rangkaian internet berkelajuan tinggi. Kawasan-kawasan luar bandar seperti di kawasan Jeli di Kelantan masih di dalam rangkaian EDGE.

3. Tepati apa yang anda janjikan kepada pelanggan

Tidak guna tawarkan 10GB data sebulan kepada pelanggan bila pelanggan hanya mampu menggunakan 0.8GB sebulan sahaja kerana tidak tahan dengan kelajuan internet yang useless.

4. Kembalikan kelajuan 4G sebenar anda

Tidak kira di mana kami berada tapi kami pasti bahawa kelajuan internet anda di rangkaian 4G atau 4G+ LTE anda sangatlah perlahan dan menghampakan jika dibandingkan dengan apa yang dikecapi pada sekitar 2014. Whatdaheck?

5. Layani aduan pengguna anda dengan jujur dan amanah

Seorang tua bernama Soon Lam Kee pernah memberitahu kami bahawa everyone is a consumer which clearly makes that you, yourselves is a consumer as we are. Bayangkan anda berada di tempat kami, ribuan aduan telah dibuat namun tiada sebarang tindakan atau pembaikan dilakukan, Sakit hati bukan?

Catat Ulasan Blogger

 
Top