0
A+ A-
Fenomena El Nino yang melanda negara baru-baru ini sangat menguji kesabaran kita semua kan? Apa taknya, dengan suhu panas yang agak melampau pasti tak ramai yang mampu tahan.

Sampai tahap ada yang terkena strok haba dek menanggung kepanasan dan dehidrasi. Tapi tahukah anda itu hanya sedikit sahaja ujian kepada kita semua.

Ada lagi kawasan yang setiap tahun berdepan iklim panas dan kering, malah lebih teruk daripada apa yang kita alami. Jadi bersabarlah ok! Kita dah kepanasan tapi ada lagi mereka yang berdepan lebih teruk daripada kita. Jom kita tengok antara 5 lokasi yang terkering di dunia.

1. Aoulef, Aljazair (Curahan hujan: 12,19 mm setahun)

Inilah 5 Tempat Paling Kering Dengan Curahan Hujan Paling Sedikit Di Dunia

Sebuah kota kecil yang terletak di kota Aljazair ini merupakan salah satu tempat paling kering di dunia. Aoulef merupakan tempat yang sangat panas dan hanya memiliki sebuah oasis di daerah gurun tersebut. Selian itu, hanya terdapat beberapa pokok palma yang memisahkan kota dengan gurun sekitarnya.

2. Pelican Point, Namibia (Curahan Hujan: 8,13 mm setahun)

5 Tempat Paling Kering Di Dunia Dengan Purata Curahan Hujan Terendah Di Dunia

Pelican Point terletak dalam wilayah Walvis Bay di negara Namibia. Ia hanya memiliki sebuah dermaga yang dikelilingi gumuk pasir. Curahan hujan di kawasan ini kurang dari 10mm menjadikannya salah satu tempat paling kering di dunia. Walaupun keadaannya kering, namun ia menjadi tumpuan pelancong.

3. Iquique, Chili (Curahan hujan: 5,08 mm (0,2 inci) setahun)

5 Tempat Paling Kering Di Dunia Dengan Purata Curahan Hujan Terendah

Iquique merupakan sebuah kota di utara Chili dan juga ibu kota kepada daerah Taracapa. Ia adalah sebuah kota pelabuhan yang terletak di sebelah barat Gurun Atacama. Hujan merupakan fenomena yang jarang berlaku di kawasan ini dan hanya terjadi pada bulan Januari dan Februari menjadikan ia salah satu lokasi kering di dunia.

4. Wadi Halfa, Sudan (Curahan hujan: 2,45 mm (0,096 inci) setahun)

5 Tempat Paling Kering Di Dunia

Wadi Halfa merupakan sebuah wilayah yang sangat tandus di bahagian utara Sudan (sempadan Sudan-Mesir). Ia terletak di tepi tasik Nubia dan memiliki populasi sekitar 15,725 orang. Ia terkenal sebagai salah sebuah tempat paling kering di dunia. Suhu terpanas yang pernah direkodkan di sini adalah 127°F atau 52.78°C yang tercatat pada bulan April tahun 1967.


5. Ica, Peru (Curahan hujan: 2,29 mm (0,09 inci) setahun)

5 Tempat Paling Kering Di Dunia

Ica terletak di selatan Lima, Peru bersempadan dengan Gurun Atacama yang terkenal dengan iklim keringnya. Nmaun keadaan kering di kawasan ini dimanfaatkan oleh pelancong yang meneroka kawasan ini dengan menggunakan buggy.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top