0
A+ A-
Anda pasti tidak dapat lupakan muka bayi yang popular menerusi meme ‘success kid’ yang menjadi viral di media sosial, 10 tahun dahulu.

Ketika masih berusia 11 bulan, muka Sammy Griner menjadi pilihan ribuan meme selepas ibunya berkongsi sekeping gambarnya yang menunjukkan ekspresi muka yang disifatkan agak comel di laman Flickr.

Berasal dari Jacksonville, Florida, gambar terbaharu Griner yang kini berusia 10 tahun telah dimuat naik oleh ThosWhoDoVoodoo di laman Imgur.

Inilah Rupa Terkini Budak ‘Success Kid’, Dah Besar Dah

Susulan itu, gambar berkenaan menarik perhatian netizen sehingga ia menerima lebih dari dua juta tontonan.

Pada 2007, Ibu Griner, Laney berkongsi gambar bayi Griner yang menunjukkan reaksi muka yang luar biasa.

Menurut Daily Mail, gambar berkenaan mula viral pada tahun 2010 sehingga banyak meme dicipta menggunakan gambar berkenaan.

Saksikan Wajah Terkini Baby ‘Success Kid’ Yang Pernah Popular

Saksikan Wajah Terkini Baby ‘Success Kid’ Yang Pernah Popular

Selepas gambar itu menjadi pilihan orang ramai,  keluarganya menggunakan perhatian tersebut untuk meminta bantuan sumbangan untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ayah Griner.

Menurut ibu Griner, keluarganya cukup teruja apabila menerima perhatian yang luar biasa daripada netizen di seluruh dunia terhadap gambar Griner.

Susulan itu, sebuah laman, GoFundMe telah ditubuhkan di mana keluarga tersebut berjaya memperoleh sumbangan sebanyak US$100,000 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan ayah Grinder dan akhirnya pembedahan itu juga berjaya dilakukan pada tahun 2015.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top