0
A+ A-
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan bernilai RM30 juta oleh Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd ternyata mengejutkan banyak pihak.

Dalam pengumuman oleh Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar petang semalam, keputusan itu dikatakan terpaksa dibuat kerana terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak D’Herbs, sukar untuk dipenuhi lapor Mynewshub.

Isu KFA Tolak Tajaan D’Herbs Kerana Minta Habuan Tanah 120 Ekar

Susulan penolakan tajaan tersebut pengasas D’Herbs Holding Datuk Aliff Syukri menerusi satu posting di akaun Facebook miliknya, telah meluahkan perasaan.

Mengakui terkejut dengan penolakan tawaran tersebut yang dibuat secara tiba-tiba tanpa pengetahuannya, Aliff bagaimanapun berkata beliau tidak kecewa walaupun telah menghabiskan masa yang banyak untuk urusan tersebut.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa segala urusan sebelum ini boleh dilakukan secara perbincangan tetapi apabila keputusan penolakan dibuat, ia di luar pengetahuan pihaknya.

Minta Tanah 120 Ekar Punca KFA Tolak Tajaan D’Herbs?

Dalam pada itu, sebab jelas mengapa penolakan tajaan daripada D’Herbs tidak dihuraikan secara lanjut ketika pengumuman dibuat.

Begitu pun, terdapat desas desus menyatakan punca sebenarnya adalah permintaan balas D’Herbs terhadap tanah berukuran 120 ekar atas tajaan bernilai RM30 juta itu.

Bagi memastikan dakwaan tersebut, Mynewshub menghubungi Aliff untuk meminta penjelasan sebenar.

Bagaimanapun menurut Aliff, beliau tidak dapat memberikan apa-apa jawapan pada hari ini kerana segala-galanya akan dijelaskan dalam satu sidang media yang diadakan oleh pihaknya esok.

Sama-sama kita nantikan cerita sebenarnya.

(Baca: Inilah Punca KFA Tolak Tajaan D’Herbs Bernilai RM30 Juta)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top