0
A+ A-
Filem Munafik, ramai yang kata seram 'habis'. Sejauh mana seramnya, itu soal kedua. Semalam seorang individu memberikan 'amaran' kepada orang ramai agar tidak menonton filem Munafik di rumah.

"Sedikit nasihat dari saya, jangan tonton cerita Munafik di rumah kerana ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar. Sedikit pun tiada cacat celanya. Apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda," kata Norizam Ahmad.

'Amaran' yang diberikan Norizam Ahmad itu mendapat banyak perkongsian di laman Facebook lapor Pixelperfext.

Jangan Nonton Filem Munafik Di Rumah. Ini Penjelasannya.

Ekoran itu, segelintir netizen tampil berkongsikan pengalaman mereka menonton filem seram itu.

"Betul ke? Sebab semasa saya tonton cerita itu, anak saya dah tidur. Saya tengok malam berdua dengan suami. Selepas itu, anak saya terus kena gangguan," kata Nora Shika.

"Dalam cerita-cerita macam ini, memang diorang akan guna ayat yang betul. Silap-silap, benda itu tumpang tengok sekali. Sebab dulu ada cerita pocong, dia panggil orang duk dalam rumah nak panggil entiti. Dia seru guna ayat bacaan itu, memang saya mutekan TV. Adik saya yang kecil itu pun tahu tutup telinga sebab takut, tak nak dengar. Memang bacaan itu betul," kata Anis Asilah Rahim.

"Patutlah selepas tengok cerita ini di rumah, anak aku asyik gelak seorang-seorang saja bila tengok atas. Tiba-tiba termenung kejap, dia gelak macam oada orang bergurau dengan dia. 2 3 hari juga dia berperangai pelik camtu," kata Aien Amrizq.

Bagaimanapun, ada netizen yang mendakwa, ayat bacaan itu bukanlah seperti yang didakwa.

Amaran Jangan Tonton Filem Munafik Di Rumah


Saksikan trailer filem Munafik 2016 arahan Syamsul Yusof di bawah ini.

Catat Ulasan Blogger

 
Top