0
A+ A-
Kejadian 10 ayam hutan ditemui mati di kilang di Tangkak, kelmarin, yang viral di laman sosial dikatakan berlaku setiap tahun dan bukan perkara pelik kepada pekerja kilang berkenaan.

Jurucakap kilang yang enggan dikenali berkata, kejadian seumpama itu berlaku satu atau dua kali setahun sejak beberapa tahun lalu disebabkan kilang berkenaan terletak berhampiran kawasan hutan paya bakau lapor Harian Metro.

Kisah Sebenar 10 Ayam Hutan Mati Di Kilang Di Tangkak Terbongkar
KEJADIAN ayam hutan mati yang diviralkan di laman sosial.

“Dalam kejadian berkenaan, saya difahamkan ayam hutan berkenaan mati akibat merempuh pintu kaca.

“Tiada kemalangan lain berlaku kecuali kematian 10 ayam hutan berkenaan, namun kebanyakan pekerja kilang menganggapnya perkara biasa dan sedar mengenainya.

“Ramai pekerja kilang yang pernah melihat ayam hutan mati dilanggar kereta atau motosikal di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian sama berlaku setiap tahun, kebanyakan pekerja terutama kakitangan pejabat tidak mengendahkannya.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku pada waktu pagi atau petang, namun kebanyakan mereka tidak mengetahui punca kejadian sebenar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Veterinar Ledang ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan menghantar pegawai ke kilang berkenaan bagi menjalankan siasatan.

“Kami memandang serius kejadian ini dan akan mengambil sampel untuk mengetahui punca kematian 10 ayam hutan berkenaan.

“Sampel itu dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Veterinar untuk mengesan sama ada ayam itu berpenyakit atau tidak.

“Ia hanya langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini, tiada sebarang penyakit berkaitan haiwan itu dikesan di daerah ini,” katanya.

Misteri 10 Ayam Hutan Mati Di Kilang Di Tangkak Terbongkar

Misteri 10 Ayam Hutan Mati Di Kilang Di Tangkak Terbongkar

Misteri 10 Ayam Hutan Mati Di Kilang Di Tangkak Terbongkar

Catat Ulasan Blogger

 
Top