0
A+ A-
Tahniah diucapkan kepada Adira Suhaimi yang baru-baru ini telah merangkul kemenangan trofi Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2015).

Namun disebalik kegembiraan itu, ada desas desus mengatakan suami, Datuk Seri Adenan Abu tidak membenarkan peminat bergambar dengan isterinya.

Kisah Sebenar Kenapa Suami Halang Adira Bergambar Dengan Peminat

“Pada saya perkara ini adalah salah faham. Suami berbuat sedemikian sebab kasihan melihat saya yang sudah terlalu lama berdiri sehingga hampir sejam semata-mata bergambar dengan peminat. Lagi pula ketika itu sudah lewat malam, dengan saya kelaparan. Suami juga bercakap dengan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Hal ini tercetus berikutan ada sesetengah peminat yang meluahkan rasa kecewa mereka menerusi laman sosial kerana tidak dapat bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka yang menang pada malam itu. Dikhabarkan, suami Adira bertindak menghalang peminat dari menyerbu untuk mengambil gambar bersama.

Pada masa yang sama, Adira turut memohom maaf jika sekiranya kejadian itu membuatkan ada sesetengah pihak terasa hati atau kecewa dengan tindakan suaminya yang hanya kasihan melihatnya yang kepenatan. Bagaimanapun, beliau telah cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua peminatnya.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top