0
A+ A-
RIYADH – Polis Arab Saudi bertindak pantas menghalang sepasang pengantin tempatan daripada cuba memasuki kawasan Masjidil Haram di Makkah, tempat suci umat Islam, menurut laporan portal Emirates247. 

Memetik laporan akhbar tempatan Sada pada Ahad, pengawal masjid terbesar di dunia itu terpaksa melarang keras pasangan tersebut masuk kerana si pengantin wanita didapati memakai gaun perkahwinan moden. 

Kisah Sebenar Pasangan Pengantin Dilarang Memasuki Masjidil Haram

“Dia ditemani beberapa wanita Arab kemudian disekat oleh pasukan pengawal daripada memasuki pintu Raja Fahd di masjid suci ini dengan memakai gaun pengantin yang berwarna putih krim,” kata akhbar tersebut. 

Media tempatan bagaimanapun melaporkan, pengantin wanita berkenaan hanya cuba menziarahi Masjidil Haram selepas berkahwin dan bukannya mahu melangsungkan majlis pernikahan di dalam rumah Allah itu. 

Pengarah Masjidil Haram, Mohammed Al-Bati berkata, pengawal telah memaklumkan suami kepada wanita itu yang turut berada di situ bahawa pakaian pengantin isterinya tidak sesuai dengan tempat tersebut. 

Disebalik Kisah Pengantin Dilarang Masuk Ke Masjidil Haram

Beliau kemudian mengarahkan agar pengawal bertolak ansur dengan memberikan jubah abaya dan tudung niqab untuk dipakai terus oleh wanita berkenaan sebelum dia dibenarkan memasuki kawasan masjid. 

Pengantin wanita tersebut mendakwa dia cuma menziarahi Masjidil Haram sebagai menandakan permulaan perkahwinan dirinya tetapi kehadiran unik mereka itu telah menarik perhatian ramai jemaah lain pula. 

Pada kelaziman, pasangan yang berhasrat melakukan akad nikah di dalam masjid berkenaan cuma memakai pakaian seperti juga jemaah lain yang sedang beribadah umrah tanpa menonjolkan diri berlebihan. 

Upacara pernikahan pada kebiasaan berlangsung secara ringkas sahaja dan pasangan terbabit mungkin berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dapat berkahwin di hadapan Kaabah semata-mata.

Catat Ulasan Blogger

 
Top