0
A+ A-
Pada kebiasaannya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia yang satu ini. Mumia ini dikenali dengan Rosalia Lombardo.

Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat foto gadis kecil sedang tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia dari tahun 1920?

Kisah Sedih Disebalik Mumia Kanak-Kanak Perempuan Yang Tidak Mereput

Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Dia meninggal pada usia 2 tahun akibat jangkitan paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan meminta Alfredo salafia untuk memumiakan puterinya.

Dia ingin gadis kecil itu selalu utuh sehingga tak merasa jauh dari putrinya. Hingga ke hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tak pernah membusuk.

Misteri Mayat Budak Perempuan Yang Tidak Mereput

Menurut kajian, tubuh Rosalia Lombardo terawet kemungkinan akibat penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah tubuhnya membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.

Kini, mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di Itali Selatan. Ada sebuah kisah misteri bahawa beberapa orang pernah melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.

Lokasi ini juga menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka ingin menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak mengering ini.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top