0
A+ A-
Hujan lebat sejak 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Bangsar, Jalan Semantan dan Jalan Pudu, di sini, mengalami banjir kilat.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, banjir kilat dilaporkan berlaku pada 7.30 malam lapor Harian Metro.

Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat, Kereta Dimasuki Air
ANTARA kawasan yang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat lebih sejam.

“Seramai 28 petugas berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Hujan lebat melanda beberapa kawasan antaranya di sekitar Pusat Bandar, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Lebuh Raya Sultan Iskandar, Jalan Semantan, Brickfields, Bangsar, Jalan Pahang, Jalan Sentul, Jalan Tun Razak dan di beberapa kawasan lain.

“Sehingga kini tiada kejadian lain seperti pokok tumbang dilaporkan berlaku,” katanya.

Sementara itu, lebih 40 kereta terperangkap dan tenggelam di Jalan Semantan dan di pintu masuk Universiti Malaya (UM) berhampiran Masjid Ar-Rahman, di sini, akibat banjir kilat, malam tadi.

Detik Cemas Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat
KERETA terperangkap akibat banjir kilat. 

Hujan lebat bermula sekitar 6 petang dan berlarutan sehingga 8 malam.


Kesesakan teruk turut berlaku di Jalan Semantan, Jalan Pantai Baru dan Jalan Bangsar akibat banjir kilat.

Bagaimanapun, sehingga 8.30 malam hujan mula berhenti dan air beransur surut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku ketika kejadian.

Detik Cemas Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Detik Cemas Kuala Lumpur Dilanda Banjir Kilat

Ramai yang meminta agar netizen mengenalpasti Nombor Plat kenderaan yang terlibat kerana kenderaan yang terlibat dalam banjir ini bakal dijual dengan harga murah di kedai kereta terpakai.

Sekiranya anda dilanda masalah kereta ditenggelami air, apa yang anda harus lakukan? Berikut merupakan perkongsian dari netizen cara terbaik untuk berdepan dengan situasi ini.

Sekadar mengingati. Andai kata kejadian ini berlaku kepada anda dan tiada jalan lain untuk menyelamatkan kenderaan. Perkara yang pertama anda harus lakukan adalah cabut kepala bateri kenderaan. Ada kemungkinan besar kenderaan anda boleh diselamatkan dari menanggung kerugian besar. Lepas air surut towing kenderaan ke rumah. Cuba keringkan dulu beberapa hari mana-mana komponen yang basah. Terutama komponen dan wayar-wayar elektrik. Wayar-wayar yang bawah karpet kereta, computer box dan kotak fius mesti dikeringkan terlebih dahulu. Senang cakap, kasi kering 99.99% apa jua yang terendam dalam banjir tu sebelum sambungan kepala bateri dilakukan (tukar minyak enjin dan gearbox dulu). Isunya kat sini ialah sebolehnya cuba elakkan short circuit. Banyakkan bersabar ketika diuji. - Sepah Sempoi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top