0
A+ A-
Bernikah pada September 2013 dan kemudiannya bercerai pada April 2014, pasangan itu hanya sempat melayari perkahwinan selama tujuh bulan.

Namun, jodoh pasangan itu masih ada dan mereka kembali rujuk pada tahun yang sama (2014).

Bagaimanapun, Fiza sekali lagi nekad menuntut cerai kerana melihat hubungan mereka tidak boleh di selamatkan lagi.

Buat kali kedua, pasangan itu bercerai dengan talak satu di rumah mereka di Gombak pada 21 September 2015. Mereka kemudian mengesahkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember 2015.

Ini merupakan perceraian kali ketiga Fiza selepas dua kali berkahwin dengan Adam dan juga suami pertamanya iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Impak perpisahan dengan jangka perkahwinan pendek itu benar-benar melukakan hati Adam memandangkan ia merupakan perkahwinan pertamanya dengan pelakon cantik itu lapor Kosmo.

Luahan Adam AF Selepas Dapat Tahu Bekas Isteri, Fiza Elite Bakal Berkahwin Lagi

Terkejut

Berkesempatan mengajukan perihal Fiza yang kini didakwa bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hati, penyanyi berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu nyata terkejut.

Semuanya gara-gara sekeping gambar bersama seorang lelaki yang dimuat naik di laman Instagram Fiza baru-baru ini. Menerusi kapsyen pada gambar tersebut, Fiza seolah-olah memberi bayangan yang dia bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Bagaimanapun sehingga kini Fiza tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara tersebut.

“Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan. Dia juga sudah berusaha ke arah itu,” ujar Adam ketika dihubungi Sensasi Bintang baru-baru ini.

Mengakui masih belum mempunyai sesiapa yang bertakhta di hatinya buat masa ini selepas kegagalan rumah tangga dengan Fiza, Adam bagaimanapun enggan mengulas lanjut tatkala mendapat tahu lelaki yang didakwa kekasih Fiza itu merupakan suami orang.

Ia berikutan komen balas membalas Fiza dengan seorang pengikutnya yang mendakwa pelakon itu merampas suami orang.

“Pada saya, ia sesuatu yang sensitif untuk dikomen. Saya tidak mahu komen kerana kita tidak tahu situasi sebenar. Cuma sebagai kawan dan bekas suami, saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya memang berharap dia dapat seseorang yang boleh menjaganya dengan baik,” luah Adam yang kini menceburi dunia perniagaan dan mengeluarkan produk mandian Nursharif di bawah syarikat miliknya iaitu Sharif Group Empire.

Bisnes

Bagi Adam, biarpun dia sudah meneruskan kehidupan namun ada memori indah bersama Fiza yang masih belum dapat dilupakannya.

“Dia wanita pertama dalam hidup saya, jadi ada memori indah yang sukar untuk dilupakan tetapi saya reda dengan apa yang terjadi,” kongsinya.

Ditebak sama ada dia akan hadir ke perkahwinan Fiza andai dijemput, ini jawapan Adam.

“Bagi saya, ia perkara yang sensitif jadi lebih baik saya tidak menghadirinya,” ulasnya jujur.

Berkongsi pula mengenai bisnes yang sedang diusahakannya, kata penyanyi berusia 33 tahun itu, ia merupakan produk mandian yang boleh digunakan untuk membersihkan diri dari atas rambut sehingga ke kaki.

“Dalam syarikat saya, ada pelbagai rangkaian produk yang akan dikeluarkan dan produk mandian ini adalah salah satu daripadanya,” jelasnya yang baru sahaja memasarkan single baharu iaitu Hilang.

Menurut Adam, dia masih aktif menyanyi dan membuat persembahan andai ada jemputan. Single Hilang kini sedang giat di putarkan di corong radio.

(Baca: Didakwa Mahu Kahwin Lagi, Ini Luahan Fiza Elite)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top