0
A+ A-
Ramai keyboard warrior, ramai yg letak otak kat lutut bila pikirkan kos repair kereta. Semua perniagaan ada untung berperingkat dia. Kos sesuatu barang bukan jatuh kat kat harga barang sahaja.

1. Sewa kedai , Elektrik dan air 
2. Duit minyak dan masa tuk runnerkan barang
3. Tangungan risiko kita bila barang yang dibelikan bermasalah dan perlu ulang alik 
4. Gaji perkerja

Mekanik Dedah 7 Jenis Pelanggan Yang Bikin Panas

Contoh 1 : Anda pergi ke sparepart beli barang, barangnye dapat untuk RM100 

1. Manufacturer jual kat distributor 70
2. Distributor jual kat sparepart 85
3. Sparepart jual kat kamu 100
Pomen pon dapat harga 100 tapi keyboard warrior bising "beli 100 je kat sparepart , naper pomen letak harga 115" , pastu niaga tak perlu untung ?

Contoh 2 : Anda pergi repair kereta, pastu UP kat FB resit anda. Keyboard warrior masuk "Naper upah sampai 100, saya buat hari tu rm80 je" , ada korang bandingkan kos yang saya bagi tahu diatas ? , nasi lemak kat KL ngan nasi lemak kat kampung sama harga ? kalau peniaga yg kat kampung tu dtg niaga kat bandar dia pon confirm naikkan harga pasal harga KOS sudah meningkat. Adakah bengkel anda pergi pakai pekerje myanmar atau student practical.

Contoh 3 : Saya mendapat sparepart dengan harga RM100 brand XYZ , kawan kau mendapat barang sama jenama XYZ kat sparepart lain dengan harga RM80 , adakah anda pasti barang yang dapat adalah sama ? belajar dlu sebelum tembak. Dan kita bengkel selalunye ambil dari satu supplier sahaja dimana kita diberi kredit bukan macam pengguna lain yang boleh survey dan mendapat harga termurah. Dan tolong fahamkan yg bengkel diberi kredit oleh supplier, kebanyakan barang yang kita beli lagi mahal dari pengguna yang memberi secara Tunai.

1. Barang local
2. Barang local tapi bersticker original
3. Barang original 
4. Barang OEM replacement

Contoh 4 : Warranty

Kedai dah check kereta dan dapati altenator rosak. Kita buka harga altenator siap pasang Rm200. Owner kereta beli altenator sendiri RM130 dari sparepart , membayar kami RM40 tuk upah pasang. Owner jimat RM30 , hooray!!! , tapi 5 minit kemudian didapati altenator tidak elok dan perlu return balik ke kedai sparepart tuk claim warranty. Owner suruh buka balik, pomen kena tanggung dan tidak perlu bayar upah tambahan ? Kalau kita siap pasang dengan harga kami , akan kita tanggung walaupun 10 kali perlu buka pasang

Contoh 5 : Beli barang original

Ramai tak faham , beli barang original 100% original ye , warranty barang seminit pon tidak ada dari manufacturer ke distributor dan ke sparepart dan sterusnye pada kita mmg tidak ada warranty ye. Contoh fuel pump original Proton , anda beli dan lepas seminggu dia rosak , jgn kecam pada pomen , mmg warranty tidak ada ye. Aircond compressor , kalau beli pon tidak ada warranty ye walaupun beli 100% baru , warranty aircond compressor hanya diberi kalau membeli 1set (compressor, condensor , cooling coil , valve , pipe) yang semuanye baru.

Contoh 6 : Konon pandai

Budak datang ke kedai , "bos , bateri kereta xxx satu , bateri sudah kong" , kita nak pergi check tapi owner kata CONFRIM BATTERY. Ok kami g beli bateri dan pergi ke tempat breakdown. Owner suruh pasang , kita pasangkan dan didapati bukan bateri bermasalah tapi starter yang rosak , owner suruh kami ambil balik bateri , anda rasa pomen boleh return bateri tu balik ke sparepart ? kalau kedai yg besar dan modal yg besar boleh simpankan stock bateri tak apa la , kalau pomen kedai kecik modal pon kecik , apa yang patut dibuat ?

Contoh 7 : Buat Free

Orang datang ke kedai, suruh g tempt kereta kawan dia breakdown. Kita pon naik kereta, bawak semua yg perlu , jalan bukan dekat dekat ye, sampai sana je

1. Nampak sorang lagi pomen sudah menjalani tugas beliau. Yang suruh datang hanya cakap "tak apa bos , ada orang lain sudah datang" , apa perasaan pomen yang tinggalkan bengkel dia , ambil masa datang untuk membantu, ada bengkel yang siap tutup pintu shutter tuk datang tengokkan kete

2. Ataupon sampai sana, didapati bateri kereta yang rosak , kita jumper kereta tersebut, sudah hidup , owner berjanji ke bengkel untuk kita tukar bateri , satu hari satu malam , kereta tidak sampai jugak , cakap terima kasih pon tidak ada

Ini bukan semuanye pengalaman saya , ada yg dari member2 yg turut menjalankan perniagaan yg sama. Pesan saya kepada keyboard warrior , jgnla letak otak kat lutut, satu hari bile berniaga ko sendiri la faham. Dan yang lain2 , kalau tak faham? tanyalah pomen, kalau tak puas hati ? bincangkan ngan pomen, benda boleh bincang kannnnn, dan belajarla berterima kasih , benda2 kecik bukannya pomen akan caj , senyum dan berterima kasih pon sudah memadai, jalinkan persahabatan yg baik dengan mereka.

- saya hanya seorang engineering dari bidang IT. - Bob FatboyRacing
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top