0
A+ A-
KUCHING – Mayat kelima nahas helikopter di Sungai Batang Sadong di Sri Aman, ditemui kira-kira jam 6 petang Sabtu, sebelum kemudian dibawa pasukan penyelamat ke Jeti Lingga pukul 6.47 petang.

Ini merupakan mayat yang kedua terakhir nahas helikopter RPC6828 hilang ketika dalam penerbangan dari Betong ke sini pada petang Khamis lalu itu bagaimanapun belum dikenal pasti identitinya.

Mayat Kelima Nahas Helikopter Di Sarawak Ditemui

Menurut laporan media tempatan, mayat tersebut berjaya ditemui oleh pasukan Polis Marin di bahagian hulu Sungai Batang Lupar dekat Lingga, Sri Aman ketika hari hampir menjelang waktu senja.

Setakat ini tiga mayat telah pun dikenal pasti bermula dengan penemuan mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon pada pagi Jumaat lalu.

Ia disusuli pada Sabtu mayat Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan Lans Koperal Ahmad Sobri Harun iaitu pengawal peribadi kepada Noriah.

Mayat yang belum dikenal pasti ialah suami Noriah, Tuan Asmuni Abdullah; Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan juruterbangnya, Kapten Rudolf Rex Ragas.


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top