0
A+ A-
KUALA LUMPUR – Nampaknya tuah Pengerusi Kelab Bolapsepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, 58, yang berasal dari Thailand masih berterusan tanpa berhenti.

Selepas mencipta sejarah apabila kelabnya memenangi Kejuaraan Liga Inggeris buat pertama kali dalam 132 tahun, dua hari selepas itu, beliau memenangi pula wang sejumlah RM14.2 juta di meja judi lapor Mynewshub.

Pengerusi Kelab Bolapsepak Leicester City Menang Judi RM14.2 Juta
Pengerusi Kelab Bolapsepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha

Kemenangan itu diraih di meja daun terup di Kasino Genting Leicester malam Rabu lalu.

Sebelum itu, Vichai dilapor berjanji akan menghadiahkan setiap pemain pasukannya sebuah kereta jenama Mercedes bernilai RM184,700 setiap satu sususlan kejayaan liga.

Dengan kemenangan yang diraih di meja judi berkenaan, Vichai nampaknya tidak perlu mengeluarkan satu sen pun duit sendiri bagi memenuhi janjinya.

Beliau yang membina empayar perniagaan melalui kompleks tanpa cukai di lapangan terbang Suvarnabhumi dikatakan memiliki harga berjumlah RM12.8 bilion dan dinobatkan majalah Forbes sebagai orang keempat terkaya di Thailand.

Catat Ulasan Blogger

 
Top