0
A+ A-
Dulu Seorang Proffesor Kini Jual Cakoi

Saya pernah menulis tentang Hj. Sapon beberapa bulan lepas. Hari ini saya tulis lagi nasihat bisnesnya.

Haji Sapon guru saya. Dulu seorang guru hingga dia menjadi seorang pensyarah di universiti dia jadi guru saya. Tak pernah marah dan sentiasa tersenyum orangnya.

Dia baru je pencen. Baru beberapa bulan. Dia orang kampung saya. Saya banyak belajar dengan dia. Erti hidup, kesabaran dan hidup berbisnes. 

Rahsia Kejayaan Penjual Cakoi Yang Merupakan Bekas Proffesor

Pagi hari dia bangun jam 4 pagi, menguli 10 KG untuk kuih cakoi yang akan dia jual untuk sarapan. Tepung cakoi perlukan 4 jam untuk 'naik' sebelum dia mula dijual jam 8 pagi di depan rumahnya. Lepas menguli dia solat tahjud, "Solatlah tahjud baha, nanti nampak perubahannya. Berserah diri pada Allah". 

Dia imam di surau kampungnya. Lepas balik subuh, sekejap dia akan ke kebunnya sebentar. Saya juga kagum dia boleh punya berpuluh ekar walaupun hanya berkerja dan membesarkan 8 orang anaknya. dari gaji boleh beli kebun berpuluh ekar.

Entah ...sampai saya tak ingat berapa orang anaknya yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Tiga dari mereka sedang menyiapkan thesis PhD mereka masing-masing. Itu belum kira menantu lagi tu. Katanya " bukan tak ada masalah, tapi kita berdoa, berusaha dan berserahlah ". 

Sebab itu tak pelik dia tokoh keluarga Mitali Johor 2015 yang lepas.

Baru dua bulan dia pencen, dia dah tak boleh duduk diam. Akhirnya dia jual cakoi depan rumahnya. Ada kawan-kawannya tanya. " Haji duit pencen tak cukup ke? ". Dia senyum je, selamba dia jawab " Anak saya ramai, nak besarkan anak". 

Tapi sebenarnya dia suka sibukkan dirinya. Dia suka berniaga dari kecil katanya. Sebab itu dia sudah ada reban ayam yang boleh mengeluarkan berpuluh ribu ekor sebulan. Inilah orang kampung. Tak pernah orang kenal tapi #‎JutawanKampungSebenar

Dia tak nak buang masa. dia berniaga kecil-kecil asalkan berhasil.
Untung jual cakoi 100% dari modal katanya. Boleh juga jumpa kawan-kawannya tiap pagi. hidup lebih ceria. 

Apa yang saya nak cerita?. Saya nak cerita caloi dia sedap..betul-betul sedap. sebab sampai termimpi-mimpi, lembut dan gebu. nikmatnya bila makan..hehehe korang terliurkan. saya tanya apa rahsia perniagaannya.

Dia nasihatkan saya , mengapa orang kita duduk Malaysia ni mengeluh tak ada kerja. Banyak kerja boleh buat dan boleh di niagakan. 

Dulu Seorang Proffesor Kini Jual Cakoi, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Kejayaan

Nasihat bisnes. Bisnes ni ada 5 konsep kataya yang perlu dijaga.

1. Konsep Pengeluaran 

Orang melayu kena keluarkan produk. Bila kita keluarkan produk kita sendiri jadinya kita tak bergantung pada orang lain atau bangsa lain. Keluarkanlah walaupun kecil. Bila kita keluarkan sendiri kita boleh control kebersihannya, harganya murah dari yang lain.

2. Konsep produk. 

Hj Sapon ajarkan saya, bisnes perlu ada konsep produk. Produk mesti ada persembahan dan ciri-ciri terbaik. Tetapi lebih penting produk yang kita keluarkan mesti disukai oleh pelanggan. Dengan sendirinya bisnes kita akan berkembang. 

3. Bagaimana konsep Jualan ? 

Dia sebutkan produk kita perlulah "bertujuan" barulah mudah kita jalankan jualan. Bagaimana dengan tujuan cakoi ?. cakoi adalah makanan yang murah, tidak berat sangat dan mudah juga cepat persediaannya. 

Lebih lagi persediaannya panas-panas dihidangkan pada pelanggan. Tujuan cakoi jelas. Untuk orang yang nak cepat, orang yang nak murah tapi kenyang dan sedap dimakan panas.panas.

Orang Malaysia tak kisah kalau makanan yang berharga seringgit. mereka akan beli tanpa berfikir.

4. Konsep Pemasaran 

Kunci utamanya adalah memberi kepuasan kepada pelanggan berbanding pesaing. Jadinya cakoi ini susah nak cari orang lain jual dan pandai buat cakoi yang sedap. jadinya haji sapon keluar dari market tepu. orang asik jual goreng pisang je.

5. Konsep Pemasaran sosial.

Saya suka konsep ini. Tak selalu saya dengar konsep pemasaran ini. Hj Sapon me"masyarakat"kan dan me"rakyat'kan CAKOI nya. Cakoi untuk semua.

Itu dulu saya kongsikan. Banyak lagi dia kongsikan dengan saya. Walaupun dia tak banyak bercakap tapi saya faham apa yang dia nak sampaikan.

Nak Rasa Cakoi Hj Sapon?

Kalau tuan puan nak cuba cakoi yang sedap ni tuan puan boleh pergi ke parit jawa. kedainya pagi je sebelah petronas parit jawa. - Baharuddin Mohamed
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top