0
A+ A-
WALAUPUN berkongsi gambar bersama pasangan mungkin dianggap romantis bagi sesetengah selebriti, berbeza pula bagi pasangan Stacy dan Akim Ahmad yang beranggapan kekerapan bersama mungkin menyebabkan peminat berasa muak.

“Kami menerima banyak tawaran tetapi terpaksa dipertimbangkan dahulu kerana risau jika ada peminat yang menyampah dan mula muak dengan kami.

Risau Peminat Muak, Stacy Tak Mahu Selalu Berkepit Dengan Suami

“Saya tidak mahu digandingkan secara kerap. Sikap romantis itu makin kurang dan nanti terpaksa berpura-pura pula depan peminat.

“Kami mahu perasaan romantis hadir secara semula jadi dan bukan terpaksa kerana tuntutan kerja,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Stacy turut mengakui bahawa mereka mempunyai perancangan untuk merakam lagu duet tetapi mungkin hanya satu atau dua sahaja kerana tidak mahu didakwa cuba ambil kesempatan atas populariti masing-masing.

Catat Ulasan Blogger

 
Top