0
A+ A-
Sudah tentunya kita sering mendengar ungkapan ‘syurga itu di telapak kaki ibu’ yang bermaksud seorang anak wajib mentaati, berbakti, dan mendahulukan kepentingan ibu melebihi kepentingan diri sendiri. Begitu tingginya darjat seorang ibu yang telah banyak berkorban untuk kita sedari kecil.

Namun, berapa ramai diantara kita sekarang yang sering mengabaikan syurga ini hanya kerana kesibukan bekerja. Kisah yang dikongsi saudara ini cukup menginsafkan dan buat kita sedar yang selama ini sering mengabaikan dan memandang remeh perihal ibubapa.

Tinggalkan Ibu Tua Keseorangan Di Hospital, Kisah Ini Bakal Buat Anda Menangis

Selepas menurunkan mak di hospital saya pulang ke rumah.

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau, saya pulang kerumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.

Tiba-tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak, selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap ‘adik nak beli apa apa ke’ sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Saya berpatah balik ke hospital mendapatkan mak yang termangu keseorangan menunggu.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital, ‘hujan lebat didalam kereta’ sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor, mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak, mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat, selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya ‘Mak ada nak beli apa apa ke’,
YA ALLAH, ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Ramai mak ayah yang keseorangan terkial-kial bertanya arah dan beratur membeli makanan.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor, rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka, bayangkan disini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Cara Lelaki Ini Menjaga Ibunya Yang Tua Di Hospital Buat Ramai Sebak

Mak ayah akan rasa bangga & terharu jika ada anak yang menemani memberi semangat.

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital, namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai ‘SEMANGAT’. Anak anak sekelian, saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil’.
Al Isra’ 23 & 24
Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.

Mak dan ayah pasti berasa gembira bila anak-anaknya sering bertanyakan khabar walaupun jauh di perantauan. Peringatan kepada diri sendiri jangan menjadikan sibuk bekerja sebagai alasan untuk tidak mengendahkan ibubapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemarahan ibubapa. - Syed Mohd Nazli

Catat Ulasan Blogger

 
Top