0
A+ A-
PASIR PUTEH – Bangkai seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dijumpai dan dipercayai mati dalam kebakaran hutan berhampiran kawasan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata ular berukuran lilit 0.3 meter itu dipercayai terperangkap dan gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran itu pada 12 tengah hari sebelum api berjaya dipadamkan pada 7 malam, hari sama lapor Bernama.

Ular Sawa Maut Terbakar Dalam Kebakaran Hutan

“Penemuan ular sawa itu mengejutkan orang ramai termasuk anggota bomba yang berusaha memadamkan api daripada merebak di sekitar kawasan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bangkai ular berkenaan ditanam oleh anggota bomba, di lokasi ia dijumpai.

Katanya, kebakaran yang membabitkan kawasan hutan seluas 20 hektar itu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka.

Ular Sawa Batik Ditemui Mati Dalam Kebakaran Hutan

Catat Ulasan Blogger

Top