Header Ads

Wanita Pandu Kereta Hingga Masuk Tasik Akibat Percaya Sangat Pada GPS

Akibat terlalu obses dengan aplikasi GPS yang diguna semasa memandu, seorang wanita Kanada telah mengalami detik yang tidak disangka apabila kereta yang dipandunya telah tenggelam di dalam tasik.

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu dipercayai telah menjunam masuk ke dalam sebuah tasik di Ontario gara-gara mengikut arahan segala arahan yang dipaparkan pada skrin GPS, Khamis lalu.

Wanita Pandu Kereta Hingga Masuk Tasik Akibat Percaya Sangat Pada GPS

Ketika kejadian keadaan kawasan berkenaan dikatakan sedang hujan dan berkabus menyebabkan pandangan wanita itu terhad.

Kerana penglihatan yang terhad, beliau hanya memandu berdasarkan apa yang dipaparkan di skrin GPS, malah dia mengakui tidak menyedari bagaimana keretanya itu boleh terjunam ke dalam tasik.

Nasib menyebelahinya apabila kereta itu terapung beberapa minit membolehkan dia cepat-cepat keluar menyelamatkan diri.

Gara-Gara Terlalu Percaya Pada GPS, Wanita Ini Pandu Kereta Hingga Masuk Ke Tasik

Gara-Gara Terlalu Percaya Pada GPS, Wanita Ini Pandu Kereta Hingga Masuk Ke Tasik

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.