0
A+ A-
Setiap negara mempunyai satu pasukan polis ‘rahsia’ yang akan menjalankan tugas-tugas ‘rahsia’ seperti perang psikologi, seksaan dan juga membunuh. Mereka melakukan tugas ini untuk menekan penentang atau mengekalkan kuasa sesuatu rejim untuk terus memerintah.

Berdasarkan artikel yang dikongsikan di sebuah blog, berikut adalah 10 pasukan polis rahsia yang paling ganas dalam sejarah.

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Di Dunia

10. The Stasi

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Berpusat di Jerman Timur sebelum kejatuhan Tembok Berlin, mereka mempraktiskan satu cara “zersetzung” iaitu satu kaedah gangguan secara psikologi terhadap musuh mereka. Memecah masuk ke rumah suspek dan menghancurkan barang milik musuh untuk membuatkan suspek marah. Dilaporkan polis rahsia ini juga menghantar “vibrator” kepada isteri suspek.

9. ESA

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

ESA adalah polis rahsia Greece. Mereka akan memainkan rakaman suara anak serta isteri banduan yang sedang menjerit dan menangis bagi melemahkan semangat banduan tersebut. Seorang lelaki dilaporkan bahawa jarum telah dicucuk kedalam kemaluan nya.

8. 5th CSU

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Polis rahsia ini ditubuhkan di Filipina ketika pemerintahan rejim Ferdinand Marcos. Mangsa kekejaman polis rahsia ini melaporkan bahawa mereka diseksa dengan renjatan elektrik pada alat sulit mereka serta diberi makan najis manusia. Mayat akibat kekejaman polis ini dicampak dijalan raya sebagai tanda amaran. Bagi yang terselamat, akhirnya mereka diberi pampasan sebanyak RM3000 selepas kumpulan polis ini dibubarkan setelah revolusi Filipina.

7. The Gestapo

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

The Gestapo adalah polis rahsia yang berkhidmat semasa pemerintahan Nazi di Jerman. Bagi mereka yang ditahan mereka akan diseksa dengan kejam. Kuku jari mereka akan dicabut satu persatu selain gigi yang turut dicabut. Penentang Nazi ketika itu, Jean Moulin diseksa dengan buku lima dihancurkan menggunakan pintu dan pergelangan tangannya digari sehingga patah.

6. SAVAK

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

SAVAK ditubuhkan ketika era pemerintahan rejim Mohammad Reza Shah. Anggota SAVAK dilatih oleh CIA dan antara seksaan bagi mereka yang ditahan adalah mencurah asid ke dalam hidung selain dubur mereka disula dengan batang besi. Pemimpin agama yang ditahan pula akan dibogelkan dan dipaksa menerima tarian lucah oleh penari bogel.

5. MVSN

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Dilaporkan polis rahsia The Tonton Macoutes membunuh lebih 6,000 penduduk Haiti dengan dibakar hidup-hidup atau direjam sampai mati. Ketua mereka ketika itu, Luckner Cambronne menjual anggota badan mangsa serta darah mereka kepada Amerika Syarikat dengan membekalkan lebih 6,000 liter darah setiap bulan.

4. State Security Department

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Mereka menguruskan sistem penjara di Korea Utara yang menempatkan lebih 200,000 tahanan. 40% daripada banduan dalam penjara itu mati kebuluran dan selebihnya bergantung hidup dengan memakan rumput serta semut. Mencuri makanan dalam penjara pula akan dikenakan hukuman bunuh.

3. NKVD

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Melaksanakan hukuman bunuh lebih 1,000 orang sehari ketika berlakunya The Great Purge yang diarahkan oleh Stalin. Anak perempuan kepada ahli politik yang menjadi banduan Stanislav Kosior yang berusia 16 tahun dirogol dihadapannya supaya banduan tersebut membuat pengakuan palsu.

2. DINA

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Ditubuhkan untuk berkhidmat dibawah pemerintahan Pinochet di Chile, mereka menyeksa tahanan dengan melanggar kaki tahanan sehingga hancur menggunakan trak. Selain itu mereka juga turut memaksa tahanan supaya menyelam di dalam sisa kumbahan manusia. Manakala tahanan wanita pula akan dipaksa supaya melakukan hubungan seks dengan anjing.

1. Santebal

10 Pasukan Polis Rahsia Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia

Mereka menguruskan sebuah penjara rahsia yang diberi nama S-21, dimana cuma 12 daripada 17,000 tahanan terselamat. Tahanan yang memberi masalah akan disiat kulit secara hidup-hidup manakala tahanan yang lain akan diseksa secara perlahan-lahan serta darah mereka diambil menggunakan pam khas. Bayi yang ditahan pula akan kepalanya dihempas ke dinding sehingga mati.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top