0
A+ A-
Semakin tua usia bumi ini, maka semakin banyaklah perkara-perkara pelik yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.

Seperti apa yang kami ingin paparkan di bawah, perangai pelik segelintir manusia apabila mereka merasakan diri mereka sudah sampai ke tahap yang kita sendiri tidak dapat bayangkan.

Dan lebih malang lagi, mereka memiliki pengikut yang ramai, yang setia dan sanggup lakukan apa sahaja demi ‘tuhan’ yang mereka sanjung.

Dipetik dari blog movie-mistake, kami paparkan secara ringkas senarai 5 individu yang mengaku diri mereka adalah tuhan.

5 Orang Gila Yang Mengaku Sebagai Tuhan

1. Alan John Miller

5 Manusia Gila Yang Mengaku Diri Mereka Adalah Tuhan

Alan memulakan pergerakan ketuhananya di Australia pada tahun 2011. Dia mengaku dirinya merupakan kelahiran semula Jesus.

2. Apollo Quioboloy

5 Manusia Gila Yang Mengaku Diri Mereka Adalah Tuhan

Seorang ketua sebuah gereja di Filipina. Mendakwa dirinya adalah anak tuhan. Terlibat dengan perbuatan menghasut pengikutnya untuk melakukan pembunuhan.

3. Wayne Bent

5 Manusia Gila Yang Mengaku Diri Mereka Adalah Tuhan

Pada tahun 2000, Wayne mendakwa yang dia merupakan utusan Tuhan, Nabi Musa. Beberapa orang mendakwa yang dia telah terlibat dengan jenayah penderaan seksual ke atas anak perempunnya sendiri yang berumur 14 dan 15 tahun.

4. Ariffin Mohamad (Ayah Pin)

5 Individu Gila Yang Mengaku Diri Mereka Adalah Tuhan

Dikenali ramai di Malaysia. Mendakwa dirinya merupakan Tuhan Kerajaan Langit. Pernah mendakwa dirinya bukan sahaja kelahiran semula Nabi Muhammad, malah Dewa Shiva, dan Buddha.

5. Inri Cristo

5 Individu Gila Yang Mengaku Diri Mereka Adalah Tuhan

Mendakwa dirinya merupakan Jesus. Apa yang peliknya, dia tidak menyukai perayaan Hari Natal. Dan lagi pelik, kebanyakan pengikutnya merupakan wanita muda.

Catat Ulasan Blogger

 
Top