0
A+ A-
Kisah hari ini, balik kampung jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun BSN miliknya, hasil menjadi guru kafa bertahun-tahun tiba-tiba saja kosong. Padahal, dia tidak pernah mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Kerana itulah simpanannya untuk pergi haji dan umrah. 

Bila ditanya pada BSN, rupa-rupanya dipotong oleh Aeon Credit secara auto debit. 

Kisahnya bermula bila abah membeli motosikal skuter untuk kegunaan mak pada tahun 2013. 

AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Pelanggan Sampai Licin

Harga motosikal: RM5,760
Deposit: RM1,150
Pembiayaan Aeon: RM4,610
Ansuran bulanan: RM167 selama 36 bulan (3 tahun). 
Jumlah keuntungan Aeon: RM1,402
Jumlah keseluruhan bayar pada Aeon: RM6,012 

Abah dimaklumkan bahawa dia perlu membayar di wakil kutipan Aeon di Sen Heng, bandar Tanah Merah. Abah diingatkan untuk membayar sebelum 2 haribulan setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2 haribulan, Aeon Credit akan terus memotong secara debit dari akaunnya. 

Oleh kerana bayaran gaji guru kafa ialah di antara 15-22 haribulan, maka abah tidak pernah lewat membayar walaupun sehingga 30 haribulan. 

Kini menjelang April 2016, tiba-tiba abah menerima panggilan telefon dari Aeon yang mengatakan dia perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Abah yang kebingungan hanya menuruti arahan dan membuat pembayaran di Sen Heng. 

Sampai satu masa, abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak Aeon tidak dapat membuat pemotongan dari akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal membuat pembayaran setiap bulan. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah dia sedar bahawa semua simpanannya telah habis, kosong. Pihak bank memaklumkan bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh Aeon. 

Maknanya, Aeon Credit telah mengambil pembayaran dari abah melalui Sen Heng dan pada masa yang sama mencuri dari akaunnya setiap bulan 

Pembayaran di Sen Heng selama 3 tahun 
RM167 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,012 

Jumlah yang dicuri dari akaun selama 3 tahun 
RM168 x 12 bulan x 3 tahun = RM6,048 

Jumlah bayaran kepada Aeon termasuk yang dicuri adalah RM12,060! 

Hari ini saya membawa abah dan mak ke Manal Motor dan Sen Heng Tanah Merah untuk mendapatkan penjelasan. 

Kedua-dua wakil Aeon ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini dan seolah-olah ini adalah perkara biasa bagi mereka. 

"Jika orang kampung kurang pendidikan dan tidak sedar akan perkara ini, maka duitnya hangus begitu sahaja?" tanya saya kepada mereka 

Dan jawapan mereka? 

"YA!" 

“Tergamak AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Ayah Sampai Licin”

Tergamak AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Ayah Sampai Licin

Tergamak AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Ayah Sampai Licin

AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Pelanggan Sampai Licin

AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Pelanggan Sampai Licin

AEON Credit Kebas Duit Simpanan Haji/Umrah Pelanggan Sampai Licin

Jadi berhati-hatilah dengan Aeon Credit ini. Kalau ada mak ayah di kampung atau adik beradik uyang membuat pinjaman, rajin-rajinkanlah bertanya khabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari orang-orang kampung yang kurang faham dengan sistem jahat mereka ini. 

Kami menuntut wang kembali adalah satu hal tetapi bagaimana dengan orang-orang lain yang tidak menyedari mereka telah ditipu? 

Tolong share ramai-ramai agar tiada lagi yang menjadi mangsa penipuan Aeon Credit ini. - Ahmad Junaidi Abdul Aziz
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top